21 March 2011

Mari pakat kutuk serangan AS dan sekutu ke atas Libya

Seperti dijangka AS dan sekutu telah mengambil kesempatan ke atas kemelut yang melanda di Libya untuk bertindak "merampas" hasil bumi negara Islam itu dan menggulingkan pemimpinnya, Muammar Gaddafi yang pernah digelar Singa Asia Barat kerana lantang menghentam Barat dan PBB yang dianggap berat sebelah.

Awal pagi semalam armada AS, British, Perancis dan Itali telah menyerang Libya dengan alasan bagi menghentikan tindakan tentera Muammar ke atas pasukan pemberontak. Tetapi serangan tersebut bukan sahaja boleh mengorbankan tentera kerajaan Libya, tetapi lebih menyayat hati orang awam termasuk kanak-kanak turut menjadi korban.

AS dan sekutu boleh menyalahkan Muammar kerana memilih untuk menentang resolusi PBB dan menyebabkan negara mereka diserang tetapi bagi aku tiada sebab untuk negara asing masuk campur dalam hal ehwal Libya. Tetapi seperti aku katakan sebelum ini, Barat sudah lama mengidamkan Libya sepertimana mereka mengidamkan Iraq dan Iran.

Kini mereka sudah menyerang Libya dan Muammar akan menggunakan segala kundrat yang dimiliki untuk mempertahankan negaranya daripada serangan tentera asing dan pasukan pemberontak yang aku percaya turut dibiayai oleh Barat untuk menumbangkan Muammar.

Justeru aku menyeru seluruh rakan blogger dan rakyat Malaysia marilah kita pakat kutuk serangan pihak bersekutu yang diketuai oleh AS ke atas Libya. Hentikan serangan tersebut kerana yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak berdosa.

Atau AS dan sekutunya patut mengambil tindakan serupa ke atas Israel yang sekian lama menindas dan membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan. Kenapa Libya diserang sedangkan Israel yang lebih besar dosanya dipupuk bagai bayi dalam buaian.

Nyata AS sama saja sama ada presidennya kulit putih atau kulit hitam, sama ada presidennya pernah bersekolah di negara Islam atau tidak...!!

Share this

0 Comment to "Mari pakat kutuk serangan AS dan sekutu ke atas Libya"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.