13 March 2011

Memoir Mahathir vs Buku Jingga... Mana rakyat lebih percaya?

Nampaknya Buku Jingga yang mengandungi janji-janji manis puak pembangkang kalau menang PRU-13 (kalaulah...) tenggelam dik buku memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad. Buku tulisan PM paling tersohor dalam sejarah politik negara itu bukan sahaja menenggelamkan Buku Jingga, malahan menimbulkan "segala rahsia" tentang pemimpin tertinggi Buku Jingga.

Wow! Memang panas berapi. Aku belum berkesempatan baca memoir Mahathir, "A Doctor in The House" tetapi berdasarkan laporan media, tulisan kawan-kawan bloggers aku dapat bayangkan bahawa memoir ini akan menjadi seekor lagi "nyamuk" kepada orang yang dikaitkan dengan Mr. Y selepas seekor nyamuk betina duk mengiang-ngiang di telinga rakyat pada masa kini.

Yup, ramai pemerhati politik melihat nyamuk-nyamuk ini - memoir Dr. Mahathir dan Ummi Hafilda - boleh menjahanamkan pemimpin anugerah tuhan yang bercita-cita menduduki Seri Perdana sepertimana seekor nyamuk membunuh seorang pemimpin bongkak seperti Namrud.

Apakah rakyat akan lebih percayakan Buku Jingga yang mengandungi janji-janji manis pembangkang untuk "membeli jiwa" dan menakluk Putrajaya pada PRU-13 nanti atau lebih percayakan memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad?

Sebetulnya kebimbangan pemimpin anugerah tuhan ini terhadap memoir seorang tua bernama Mahathir Mohamad mula dirasakan apabila blog-blog propembangkang mula "menyerang" orang tua tersebut dengan pelbagai serangan termasuk menganggap segala apa yang ditulis beliau dalam buku tersebut sebagai pembohongan semata-mata. Ada yang anggap orang tua ini semakin nyanyuk tetapi kenyanyukan yang boleh membunuh karier politik seseorang, kalau tidak mengheret ke Sungai Buluh sekali pun.

Memoir seorang doktor ini bukan sebarang memoir sebab ia adalah pengkisahan perkara-perkara berlaku di lingkungan Mahathir sendiri yang menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, yang sudah pasti sepanjang tempoh itu banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam hidup beliau. Banyak hal-hal yang ditimbulkan dalam memoir ini tetapi nampaknya perhatian diberikan kepada kisah Timbalan Perdana Menteri yang dipecat.

Apapun Buku Jingga akan dijaja di seluruh negara dan memoir Mahathir pula tidak akan tinggal sebagai memori semata-mata. Ia bakal menggigit jiwa seorang insan yang membacanya.

Share this

0 Comment to "Memoir Mahathir vs Buku Jingga... Mana rakyat lebih percaya?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.