23 March 2011

Misteri Datuk T... betulkah dakwaan Johari? RTC sila jawab!

Misteri siapa Datuk T khabarnya telah terjawab. Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul  mendedahkan Datuk T ialah Datuk Eskay Shazril Abdullah. Johari mendakwa skandal Anwar dan pelacur Cina itu adalah rekayasa oleh Eskay dan Rahim Tamby Chik (RTC). Malah Johari khabarnya telah mengeluarkan kenyataan mendakwa dia telah dibawa ke Hotel Flamingo untuk menonton rakaman video itu bersama Eskay dan RTC.

Betul atau tidak kenyataan Johari, Eskay dan RTC perlu tampil untuk menjawab tuduhan itu kepada rakyat. Sekarang ini rakyat sudah mula bingung dengan kes video tersebut yang kalau betul ini permainan politik Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada isu DNA serta menagih simpati rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak, nampaknya ia memang menjadi.

Dan jika dakwaan Johari itu tidak benar sama sekali, Eskay dan RTC perlu mengemukakan saman malu terhadap Johari kerana mengheret sama kedua-dua individu ini dalam skandal terbaru ini.

Anwar juga perlu saman Eskay kerana memfitnah beliau. Tapi kalau betul lelaki yang pancut kat muka amoi tu Anwar, dia juga boleh kemuka saman malu sebab dedahkan video tersebut. Tok Guru Pas kata berdosa mengaibkan orang dan tak boleh masuk syurga. Kalau aibkan Najib & Rosmah tak apa... halal!

Tapi walau apa pun seperti aku katakan, isu video seks ini bukan isu yang penting dalam dunia kepolitikan negara masa kini sebaliknya kes DNA Anwar yang kini mahkamah telah memberi kebenaran untuk mengambil sampel mamat ini dari tuala, botol air dan berus gigi itu perlu diberi keutamaan. Keputusan DNA daripada ketiga-tiga barang bukti itu akan menjadi penentu masa depan politik Anwar serta keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Namun aku percaya Anwar tidak sebegitu mudah membenarkan pihak mahkamah mendapatkan DNAnya dari barang bukti ini. Pastinya bantahan demi bantahan, penangguhan demi penangguhan dan segala jalan termasuk memutar-belit fakta  akan dicari dan digunakan oleh pasukan peguam Anwar untuk memastikan DNA Anwar tidak diambil atau ditolak sebagai bukti.

Seperti aku katakan sekian banyak kali, dalam kes liwat ini pasukan peguam Anwar menggunakan kelemahan teknikal untuk menyelamatkan anak guam mereka dan bukannya mencari alibi bagi menolak sama sekali dakwaan terhadapnya.

Share this

0 Comment to "Misteri Datuk T... betulkah dakwaan Johari? RTC sila jawab!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.