23 March 2011

Misteri Datuk T...! RTC mengaku terlibat!

Rahim Tamby Chik (RTC) mengaku beliau salah seorang daripada 3 orang "Datuk T" yang terlibat mendedahkan rakaman video seks seorang pemimpin politik parti pembangkang dengan pelacur Cina yang menjadi gegak-gempita satu negara sejak dua hari lalu.

Aku diberitahu, pada sidang medianya petang ini RTC mengaku selain beliau, turut sama ialah Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Anwar dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Dusshhhh.... Patutkah aku kata ketiga-tiga mereka ini BANGANG?

Sudah pasti kini rakyat mula simpati dengan Anwar kerana jelas dia "diserang" oleh musuh-musuh politiknya. RTC diketahui sudah lama bermusuh dengan Anwar sejak ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO lagi. Di tambah pula dengan penglibatan Perkasa, sudah pasti para penyokong Anwar yang mula mahu berpaling tadah, kembali menyokongnya kerana sedar Anwar telah "diftnah".

Aku nak tanya, sekarang ini siapa yang mahu percaya bahawa lelaki dalam video yang bersetubuh dengan pelabur Cina itu Anwar selepas mengetahui siapa disebalik pendedahan video tersebut? Sampai mati pun orang tak akan percaya, dan sudah pasti Anwar memperoleh modal besar untuk berkempen merebut tampuk pemerintah Sarawak selepas ini dengan menjaja bahawa dia terus menjadi mangsa fitnah UMNO dan BN untuk menjahanamkan politiknya.

Bangang... cukup bangang! Apa motif ketiga-tiga individu ini mendedahkan video berkenaan pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan secara rasmi dan ketika mahkamah mahu memutuskan sama ada Anwar patut serahkan DNAnya atau sebaliknya?

Jelas sekali pendedahan video ini telah menjadi political milage kepada Anwar untuk mengembalikan keyakinan penyokong PKR dan rakyat terhadap beliau. Aku percaya Anwar akan kaitkan pendedahan video ini dengan kes-kes lain bagi menunjukkan semua dakwaan keatas beliau selama ini sememangnya adalah permainan politik kotor UMNO.

RTC, Eskay dan Shuib sepatutnya menyerahkan rakaman video ini kepada pihak yang berkuasa untuk dijalankan siasatan dan bukannya mendedahkan kepada media terlebih dahulu disertai dengan ugutan kepada Anwar dan Wan Azizah. Jelas ini adalah langkah yang tidak betul walaupun memang betul Anwar yang melanggan pelacur tersebut.

Pengakuan RTC ini akan membuatkan Najib pecah kepala menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini!

Share this

9 Responses to "Misteri Datuk T...! RTC mengaku terlibat!"

  1. bro,
    ko tak kenal siapa itu RTC.
    ahli politik otai.anuarlah dulu yang telah menghancurkan karear politik beliau.sayang masa tu melaka dibawah RTC tengah pesat membangun.walaupun RTC ada kelemahan tetapi orang yang menjatuhkannya lebih teruk lagi perilakunya tetapi masih nak lagi jadi pm.
    tak salah tindakan RTC tu sebagaimana UMI HAFILDA buat sekarang.hanya orang yg telah menjadi mangsa sahaja yang tahu betapa sakitnya.
    RTC n the gang tentu ada strategi sendiri dan senjata.beliau bukan calang2 orang...kita tengoklah nanti...

    ReplyDelete
  2. Bro, aku kenal RTC dan aku amat kenal siapa Anwar. Betul Karier politik RTC jatuh selepas skandal seks dengan gadis bawah umur. Orang kata Anwar jadi dalang dan Lim Guan Eng jadi hero bagi budak tu. Sebab itulah aku katakan RTC dan Anwar dah ada rekod tak baik sebelum ni. Jadi bila dia pun terlibat dedah video seks ini, rakyat akan percaya cakap Anwar yang dia difitnah oleh RTC, Perkasa dan Najib/Rosmah.
    Bukan tak tahu si Anwar ni. Kalau kes liwat Saiful yang sah-sah dia sebagai tertuduh boleh dia spin 360 darjah sehingga menampakkan dia tak bersalah tetapi yang bersalah ialah Najib, inikan pula kes video seks, kacanglah bagi Anwar.
    Aku tahu penyokong UMNO memang tak akan percaya kpd Anwar ni, tapi pemimpin Pas dan DAP akan pusing 7 keliling membela Anwar dalam kes ini. Cuba fikir sebagai seorang rakyat biasa yang tak pro mana-mana pihak, mesti kita akan simpati dengan Anwar yang (konon) tak habis-habis difitnah.

    ReplyDelete
  3. Sambungan...
    Sebetulnya kita tak perlukan kes-kes tambahan termasuk video seks ini untuk jatuhkan Anwar sebab kes liwatnya dengan Saiful sudah cukup untuk mengheretnya ke Sungai Buloh. Lagipun buat apa nak jatuhkan Anwar sedangkan karier politik Anwar dah lama dah tersembam. Sekarang ini dia bernafas atas bantuan talian hayat Pas dan DAP. Kalau Pas dan DAP tak backing Anwar, dah lama mamat ni tersungkur...

    ReplyDelete
  4. aku memang x percaya dengan dua ekor ni..sama ada rtc ataupun anwar..semua penipu pembelit..tapi betullah perbuatan rtc ni memang akan menjahanamkan umno nanti.

    ReplyDelete
  5. MTP,

    I selalu baca blog you. I suka tulisan you. keep it up okey!

    Pasal video dan RTC dan Anwar - memang ada pro and kon - tentu ada sebab ini semua berlaku....

    sebagai rakyat biasa I ingin tengok ke mana akhirnya kisah ini....siapa yang akan hidup siapa yang akan terlingkup

    cuma sedihnya nanti takut siapa pun menang/kalah nasib orang melayu tergadai.............sigh........

    ReplyDelete
  6. MTB... bukan MTP. Memang betul ada pro & kon. Tapi aku cuba lihat dari sisi seorang rakyat marhain, bukan pro mana-mana pihak. Itu belum dengar Anwar spin lagi, belum dengar fatwa Hadi Awang/Nik Aziz lagi.
    Kalau ya pun mereka ada video ini untuk jatuhkan Anwar, mereka patut menunggu masa yang sesuai atau gunakan saluran lain yang tidak menampakkan bahawa ini "kerja orang UMNO". Contoh, boleh guna blogger...!

    ReplyDelete
  7. Dan aku nasihatkan puak-puak UMNO baik PM, TPM atau mana-mana orang UMNO jangan bagi komen apa-apa pasal video ni. Kelak nanti jelas menampakkan ia memang kerja orang UMNO nak jatuhkan Anwar.

    ReplyDelete
  8. MTB - betul...saya rasa better jgn ada mana2 orang UMNO comment tentang video ni... mintak sgt...baru je berangan selangor dapat balik ka BN...adoi

    ReplyDelete
  9. mari mari mari kita lihat siapa yang kenaaaa....,
    semakin menarik nampaknya adegan drama ni,dua dua pihak dah buat pc.
    tiap orang boleh buat penilaian sendiri setakat ini.hmmm
    apapun teruskan menaip bro,walaupun dgn mesentaip buruk lu haha.analisa mantap sikit dgn sudut pandangan sendiri bukan copy paste,
    guapun memang mengikuti blog lu .tk

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.