22 March 2011

Nasib Anwar bergantung pada DNA bukan video seks... (Updated!)

TERKINI (23/3/2011):
Mahkamah akan guna pakai DNA yang ada pada tuala Good Morning, botol air mineral dan berus gigi yang diambil dari lokap yang menempatkan Anwar Ibrahim selepas barangan tersebut diterima semula sebagai barang bukti. Tetapi mahkamah tolak usul supaya Anwar diarah serahkan sampel DNA-nya.

Maknanya perbicaraan kes liwat ini akan berlarutan lagilah selepas ini. Nantinya Anwar bersama barisan peguamnya akan mencari jalan untuk terus pusing 7 keliling mengenai DNA yang diambil dari barang bukti dan keputusan mahkamah yang ubah keputusan yang dibuat ketika perbicaraan dalam perbicaraan.

POS ASAL:
Esok adalah penentu nasib Anwar Ibrahim kerana esok mahkamah akan putuskan sama ada Anwar perlu menyerahkan sampel DNA beliau atau tidak. Kalau mahkamah arahkan Anwar berbuat demikian, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menyerahkan "mahkota kesuciannya" iaitu sampel DNA-nya untuk dianalisis untuk dibandingkan dengan DNA Lelaki Y pada bontot Saiful Bukhari.

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi esok juga akan menamatkan perbicaraan kes liwat paling panjang dalam sejarah kehakiman negara yang sudah memasuki tahun ketiga. Tapi kalau mahkamah kata Anwat tak perlu serah DNA, aku tak pasti sampai bila perbicaraan kes ini akan berlarutan. Silap-silap tidak berpenghujung.

DNA Anwar sebetulnya penentu masa depan Anwar. Bukan sahaja dia tahu tahu ramai rakyat yang tahu. Kalau sampel DNA beliau sama dengan DNA pada bontot Saiful Bukhari (yang sudah diambil lebih awal), maka ke Sungai Bulohlah Anwar. Tapi kalau DNAnya tidak sama, maka hajat Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah adik beradik nak duduk Seri Perdana mungkin jadi kenyataan.

Apa yang pasti keputusan mahkamah esok berhubung penyerahan sampel DNA Anwar adalah penentu masa depan politik negara. Biarpun sekarang ini Anwar dikaitkan dengan lelaki yang melanggan pelacur Cina di sebuah hotel di ibu negara, yang rakaman videonya telah didedahkan semalam tetapi rakaman video itu tidak memberi apa-apa impak kepada Anwar berbanding sampel DNA. Sebab itulah dia amat-amat kuat mempertahankannya.

Jadi persoalannya, mampukah Anwar pertahankan DNA beliau atau DNA-nya sendiri bakal menamatkan karier politiknya? Pergh... tak sabar nak tunggu esok!

Share this

1 Response to "Nasib Anwar bergantung pada DNA bukan video seks... (Updated!)"

  1. tak pa...kalau da dia susah sangat nak bagi DNA tu....dok pi mai pi mai tang tu...pakai ja DNA yang da sedia ada tu....bukan tak sah sebab apapun....cuma si Anwar tu ja tak bagi 'izin'....janji prosedur tu sebenarnya dia da sedia maklum...sendiri da tandatangan kannn....bagi ja 'izin' da memang dia punya DNA pun...payah benar...

    gilerr bioolll!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.