08 March 2011

Pas perlu terima hakikat mereka semakin hilang sokongan

Pas perlu terima hakikat bahawa mereka semakin hilang sokongan terutama di kalangan pengundi Melayu selepas mereka yang pernah mengkafirkan UMNO yang sesama Islam konon parti itu menolak perjuangan Islam Pas, kini bersekongkol dengan parti kafir.

Alasan konon BN menggunakan semua jentera agensi kerajaan untuk "menentang" mereka adalah sesuatu yang dangkal dan tolol kerana ini bukan kali pertama pilihan raya diadakan dan ini bukan kali pertama Pas kalah. Malah BN juga bukan semuanya menang pada setiap kali pilihan raya kecil, pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum.

Dalam setiap kali pilihan raya memang BN memanfaatkan agensi-agensi kerajaan untuk menabur pembangunan dan bantuan untuk rakyat. Tapi jika itu satu-satunya alasan mengapa Pas kalah di Kerdau, Merlimau, Galas dan Tenang seperti didakwa Nik Aziz, mengapa BN kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manik Urai, Permatang Pasir, Sibu? Apakah pada PRK kawasan-kawasan yang kalah itu, BN tidak menggunakan agensi kerajaan?

Bagi aku, Pas sebenarnya sudah hilang kredibiliti sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam di mata rakyat khususnya orang Melayu. Mereka melihat Pas semakin kemarut untuk berkuasa dan menduduki Putrajaya sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal - menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia - sehingga sanggup tidur sebantal, makan sepinggan dengan DAP yang jelas-jelas menolak Islam.

Tetapi pemimpin Pas sejak dahulu lagi memang tidak pernah mahu bermuhasabah diri dan tetap mahu menyalahkan orang lain dengan kegagalan mereka. Mereka gagal dalam PRK nak salahkan UMNO, anak hisap dadah atau jadi bohsia nak salahkan UMNO, elektrik kena potong sebab tak bayar bil pun nak salahkan UMNO. Inilah puak-puak yang bernaung di bawah parti P.A.S.

Di saat Pas yang terus angkuh, sebaliknya BN/UMNO semakin berubah kerana sering bermuhasabah diri. Sejak kekalahan besar mereka pada PRU-12 lalu, serta beberapa PRK selepas itu BN mula sedar kelemahan mereka dan akhirnya pada lima PRK terakhir ini, BN telah berjaya mencipta kemenangan hasil daripada "muhasabah" diri di dalam parti.

Benar, kemenangan BN berturut-turut pada lima PRK terakhir ini disebabkan pemilihan calon yang tepat dan disenangi oleh pengundi. Namun ia dibantu pula oleh ketidaksenangan pengundi terhadap Pas yang kini sanggup menggadai perjuangan asal mereka dengan bersekongkol dengan DAP. Manakala PKR pula tidak banyak membantu Pas kerana parti itu kini tinggal nyawa-nyawa ikan.

Pelik dengan Nik Aziz... Kalau BN menggunakan agensi kerajaan untuk memenangi pilihan raya itu dianggap berdosa dunia dan akhirat, bagaimana pula dengan Pas yang menggunakan agama dan fatwa-fatwa songsang untuk meraih undi rakyat? Apakah itu tidak berdosa di dunia dan akhirat? Bukankah ia lebih besar dosanya kerana memecah-belahkan umat Islam serta mempersendakan agama, al-Quran dan Hadis?

Oh.. Lupa! Pas buat tak apa, UMNO buat berdosa!

Share this

1 Response to "Pas perlu terima hakikat mereka semakin hilang sokongan"

  1. biasalah..,,org2 pAS dan puak2 dia memang total membenci UMNO..,,banyak tuduhan dilemparkan pada pihak UMNO..,,,..dia tak sedar parti dia sama ade jugak buat silap.,,.,..
    dah tak boleh buat ape dah parti mcm gini,,..,,hanya rakyat sahaja yg tahu menilaikan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.