15 March 2011

Pekerja Ladang Rakyat dapat bonus 8 bulan? Wow!

Khabarnya para pekerja Ladang Rakyat bakal menikmati bonus 8 bulan. Sekali lagi... 8 BULAN! Biar bonar? Wow! Itu khabar terbaru aku terima dari Pantai Timur beberapa hari lalu. Khabarnya bonus itu bakal dinikmati oleh semua pekerja Ladang Rakyat dan bayaran akan dibuat menjelang akhir bulan ini.

Wow! Kalau betullah, aku nak ucap tahniah kepada Nik Aziz selaku MB Kelantan kerana berjaya memajukan syarikat milik kerajaan negeri ini menjadi begitu menguntungkan. Wahahaha... Utusan yang selama ini disokong oleh UMNO pun tak boleh untung dan tak boleh bagi bonus waima sebulan.

Berita ini sudah pasti mengembirakan para pekerja terutama di ladang kelapa sawit yang banyak mencurahkan kudrat untuk memajukan Ladang Rakyat. Maklum gaji bukanlah besar sangat tetapi dengan adanya bonus sampai 8 bulan, bolehlah mereka bernafas. Kalau sekarang pakai motor buruk nak angkut anak bini, lepas dapat bonus bolehlah fikir beli kereta pulak.

Cuma aku harap ia bukan sekadar janji untuk menyedapkan hati pekerja mereka sepertimana mereka tabur janji setiap kali pilihan raya semata-mata nak pancing undi. Maklum kalau janji pilihan raya tu semuanya manis. Tak ada yang pahit atau kelat. Tengoklah Buku Jingga, 100 hari je boleh buat macam-macam tapi bila dah perintah, nak suruh bagi DNA pun susah hahaha...

Pelik, kenapa berita-berita yang baik seperti ini Harakah tak keluarkan ye? Padahal berita-berita macam inilah yang boleh pancing undi rakyat, bukannya duk cerita keburukan kerajaan BN.

Apa pun tahniah kepada pihak pengurusan Ladang Rakyat dan tahniah para pekerja ladang. Tanpa pekerja Ladang Rakyat tak maju.

Share this

0 Comment to "Pekerja Ladang Rakyat dapat bonus 8 bulan? Wow!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.