30 March 2011

Piala Dunia, Olimpik: Skuad bola kita dapat laluan mudah

Lama tak update blog. Sibuk sikit....

Wah.... nampaknya skuad bola sepak kita dapat laluan mudah di peringkat awal baik bagi anak-anak buah Rajagobal yang akan menyertai kelayakan Piala Dunia Zon Asia mahupun anak buah Lee Kim Swee yang masuk pusingan kedua bagi Kelayakan Sukan Olimpik.

Dalam undian hari ini, skuad Piala Dunia Malaysia akan berdepan dengan Taiwan pada perlawanan pusingan pertama yang akan berlangsung secara timbal-balik bermula akhir bulan Jun.

Kalau dicongak atas kertas, skuad bimbingan Rajagobal ini tidak ada masalah untuk "makan" Taiwan yang berdasarkan ranking FIFA mereka berada di ranking ke-147 dunia (Februari) berbanding Malaysia di tangga ke-138.

Menang dengan Taiwan, Malaysia bakal pula menentang Singapura pada pusingan kedua yang dapat bye pada perlawanan pertama. Singapura pula berada  satu tangga di bawah Malaysia.

Piala Dunia akan berlangsung di Brazil pada 2014.

Hari ini juga pengundian pusingan kedua Kelayakan Olimpik dan Malaysia yang menewaskan Pakistan pada pusingan pertama sebelum ini akan bertemu pula dengan Lubnan. Anak-anak buah Kim Swee dijangka tak ada masalah untuk berdepan dengan Lubnan yang berada di ranking 169 dunia.

Hemm... lega sebab Malaysia tak diundi berdepan dengan gergasi bola sepak Asia seperti Australia, Korea Selatan, Korea Utara, China, Jepun, Bahrain, Qatar, UAE atau Iran dan Iraq. Pusingan kedua kelayakan Olimpik Zon Asia ini juga akan berlangsung Jun ini.

Sukan Olimpik pula akan berlangsung di London tahun depan.

Aku percaya para peminat bola kita dan seluruh rakyat Malaysia tak berhasrat pun nak tengok Malaysia ke Piala Dunia atau Sukan Olimpik sebab sedar kedudukan kita tetapi andai kedua-dua skuad ini mampu menunjukkan permainan cemerlang menentang lawan mereka, ia sudah cukup memberi kepuasan kepada semua.

Kita perlu lupakan sejarah silam bahawa skuad bola sepak kita pernah layak ke Sukan Olimpik pada tahun 1980 di Moscow dahulu tetapi ia dah tinggal sejarah. Tak perlu dibuai dengan kisah silam sehingga membelenggu anak-anak muda kita di tengah padang. Berilah mereka peluang untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka.

Walaupun begitu, aku percaya bola sepak kita boleh kembali bangkit di persada Asia seperti mana zaman arwah Mokhtar Dahari dahulu andai perancangan dan pengurusannya dilaksanakan dengan betul dan berkesan serta tidak diganggu oleh hal-hal remeh-temeh dan politiking. Sekarang pun dah nampak tanda-tanda kebangkitan kita.

Selamat maju jaya kepada kedua-dua team ini... Malaysia bolh!

Share this

0 Comment to "Piala Dunia, Olimpik: Skuad bola kita dapat laluan mudah"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.