27 March 2011

Pidato berapi... Anwar tak sebut bukan dia dalam rakaman seks...

Anwar Ibrahim telah menyampaikan pidato berapi di Taman Melawati, Kuala Lumpur dalam usaha "membersihkan" namanya yang dicemar oleh rakaman video seks yang didedahkan oleh Datuk T. Aku dapati sepanjang pidato ini, Anwar tak beritahu bahawa bukan dia dalam rakamn video itu jauh sekali mahu bersumpah. Tak caya, hayati rakaman ini:



Sebaliknya, Anwar secara berapi-api menyerah dan menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi penyebaran rakaman video seks tersebut. Anwar juga cuba menggerakkan reformasi kedua dengan mengajak anak muda turun di jalanan dan menggunakan semua teknologi Internet seperti Facebook, Twitter dan blog untuk melawan UMNO dan kerajaan.



Jelas sekali Anwar menggunakan strategi yang sama pada 1998 apabila kes liwat pertama dan hubungan seks dengan Samsidar Tahrim yang juga isteri Azmin Ali didedahkan kepada PM pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad sehingga dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, aku percaya rakyat sudah tidak mempercayai lagi Anwar selepas satu persatu kes-kes tidak bermoral terdedah melainkan puak-puak Pas sahaja. Malahan menurut rakan-rakan yang berada di Taman Melawati, program pidato juga didominasi oleh para penyokong Pas manakala puak-puak PKR boleh dikira dengan jari.

Menyedari hakikat bahawa kebanyakan yang hadir adalah penyokong Pas tegar maka Anwar telah menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk meyakinkan pendengar... Kesian orang Pas kena kelentong bulat-bulat dik Anwar Berahi ni!

Tapi malang, puak-puak Pas amat menantikan Anwar untuk bersumpah bahawa bukan dia di dalam rakaman seks tersebut tetapi sampai sudah tak ada sebarang pengakuan dibuat... Kesian orang Pas kena kencing..!

Share this

1 Response to "Pidato berapi... Anwar tak sebut bukan dia dalam rakaman seks..."

  1. REFOMASI..,,!! HIDUP2..!!!.,,
    UBAH SEBELUM PARAH..!!!
    TAKBIRR...!!!!...hehe,,..

    ucapan dia bergegar tu..,,
    Abis semua puak2 pembangkang mengelamun...,

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.