18 March 2011

Pilihan raya Sarawak 4 April? (Updated!)

TERKINI (Sabtu, 19 Mac 2011):
+ DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac bagi membolehkan pilihan raya negeri itu dapat dilangsungkan. Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
+ Taib Mahmud akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri tetapi akan tetap bertanding pada pilihan raya tersebut.

POS ASAL:
Khabar dari Bumi Kenyalang bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada Sabtu 4 April 2011. Betul ke? Bukan April Fool? Itu khabar-khabar yang aku peroleh. Manakala ramai pula meramalkan pembubaran DUN akan dibuat dalam masa beberapa hari ini.

Semalam, Ketua Menteri TS Taib Mahmud dah mengunjungi Yang Dipertua Negeri. Ramai yang buat spekulasi Taib Mahmud minta restu Gabenor Sarawak untuk bubar DUN. Katanya 21 Mac ini. Betul ke? Kalau bubar DUN 21 Mac, dalam ada masa kira-kira 2 minggu sebelum 4 April. Bila tarikh penamaan calon?

Tapi ada juga yang menyatakan 4 April adalah tarikh DUN dibubarkan, bukan tarikh pilihan raya. Yang mana satu yang betul ye?

Teka-teki tentang pilihan raya negeri Sarawak sedang hebat diperkatakan. Bila tarikhnya tak perlu difikirkan sangat sebenarnya. Yang penting semua pihak baik jentera parti, SPR, polis dan semua yang terbabit kini sudah bersiap sedia dan menunggu masa Pehin Taib buat pengumuman.

Lagipun bulan madu Taib dengan isteri Lebanon khabarnya dah selesai jadi elok sangatlah fikirkan pula perihal pilihan raya negeri. Semua dah tak sabar terutama mamat yang disuruh serah sampel DNA tu. Dah tak sabar dah...

Share this

0 Comment to "Pilihan raya Sarawak 4 April? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.