30 March 2011

Pilihan raya Sarawak... Ramai "acah" nak bertanding

Menjelang penamaan calon pilihan raya Sarawak 6 April ini sudah tentu pejabat SPR menjadi tumpuan kerana masing-masing berebut untuk membeli borang pencalonan. Itu biasa berlaku dalam setiap kali pilihan raya di negeri bumi kenyalang itu. Kenapa lagu tu?

Kata seorang kawan yang lama bertugas di Kuching, kebanyakan mereka ini semua "acah" saja nak bertanding. Mereka ini sanggup jumpa orang surat khabar, bagi tahu kat TV bahawa mereka akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi-kerusi tertentu tetapi kebiasaannya beberapa jam menjelang penamaan calon, bukan setakat tarik diri batang hidung mereka pun tak nampak.

Rupa-rupanya masa inilah mereka nak buat duit secara mudah dengan bermodalkan beberapa ratus membeli borang pencalonan. Mereka akan umum bertanding, contohnya akan menentang Taib Mahmud di Balingian. Tapi bila dah dekat nak penamaan calon mereka akan pergi menemui calon-calon favourite (biasanya dari BN-lah), misalnya contoh di sini, CM sendiri.

Kata kawan aku, dalam perjumpaan ini si bakal calon Bebas ini akan menawarkan diri untuk tidak menentang calon terbabit dengan syarat-syarat tertentu. Syaratnya tidaklah aku pastikan dan berapa tawarannya. Tapi biasanya selepas berjumpa puak-puak ini tersenyum lebar kemudian dengan tiba-tiba mengumumkan untuk menarik diri daripada mencalonkan diri.

Ada juga yang tak umum tetapi masa hari penamaan calon, mereka "menghilang". Bukan takat calon, pencadang dan penyokong sekali hilang. Ramai yang cakap puak-puak ini pergi makan angin kat oversea masa penamaan calon selepas dapat "habuan".

Betul tak betul cerita ini Wallahu-a'alam. Aku harap orang Sarawak boleh sahkan cerita ini. Fikir-fikir betul juga. Sebab itulah agaknya setakat ini khabarnya SPR dah jual lebih 100 borang pencalonan untuk 71 kawasan DUN yang dipertandingkan.

Share this

0 Comment to "Pilihan raya Sarawak... Ramai "acah" nak bertanding"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.