04 March 2011

Live dari Merlimau: Sah! Pas dah buang imej Islam....


Aik? Mana pergi kopiah putih Yuhaizad? Takkan takutkan Karpal Sing kopiah pun tercabut!
Meh kita berteka-teki! Apa yang pelik pada poster calon Pas untuk PRK Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah di atas! Yup... Dah tak ada kopiah putih yeop! Mana perginya imej Islam yang selama ini ditonjolkan oleh Pas pada setiap kali pilihan raya, tak kira atau besau... Takkan sebab takutkan DAP maka Pas sanggup buang imej Islamnya.

Khabarnya fenomena serupa berlaku di Kerdau. Wahahaha... Apa hal Tok Guru! Apa kerana nak tarik pengundi bukan Melayu maka Pas terpaksa buang kopiah putih, buang jubah dan serban? Atau Pas terpaksa tunduk dengan kehendak rakan sebantal, DAP yang memang sakit mata tengok orang Islam berkopiah, lebih-lebih lagi sesama pakatan haram zadah.

Sebaliknya UMNO pula yang terus mempertahankan imej Melayu-Islamnya apabila poster-poster calonnya tetap segak dengan songkok hitam di kepala. Erk... tertanya-tanya aku siapa yang lebih Islam sekarang ini?

Ops..! Islam bukan terletak pada pakaian tetapi pada siapa dia sokong. Kalau sokong Pas Islamlah dia... Kalau sokong UMNO waima pakai kopiah putih berserban sebesar tempayan dan jubah ke kaki pun mereka tetap bukan Islam. Itu bukan aku kata, tapi ada satu Tok Guru tu yang ajar.

Kesian kat Bob Lokman sebab dia beriya-iya masuk Pas sebab khabarnya Pas lebih Islam, rupa-rupanya dia ketinggalan kereta api sebab Pas sekarang lebih DAP daripada DAP! Ish ish ish...

Calon BN kekal dengan imej Melayu-Islam....!
Pas benar-benar amalkan slogan "Ubah sekarang...." memang diorang dah berubah beb! Slogan mereka sepatutnya "Kami dah berubah... Selamatlah kau... Malaysia!!!"

Share this

0 Comment to "Live dari Merlimau: Sah! Pas dah buang imej Islam...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.