08 March 2011

Tolak bahan bukti.... Betullah mahkamah Malaysia tidak adil

Anwar Ibrahim selalu melaung-laungkan betapa sistem kehakiman di negara ini sudah dicabul dan tiada lagi keadilan. Kerajaan dan UMNO katanya sudah menguasai para hakim untuk membuat keputusan. Tidak hairan kalau dia terus diseret ke pengadilan atas perkara-perkara yang tidak dilakukan. Itulah yang Anwar selalu laungkan bukan sahaja ketika berceramah di ceruk kampung bahkan di gelanggang antarabangsa.

Hari ini dakwaan Anwar nampaknya terbukti apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak tiga barang bukti yang mempunyai DNA Anwar yang boleh dikaitkan dengan DNA "Lelaki Y" yang ada bontot Saiful Bukhari Azlan. Alasan hakim ialah pengambilan bahan bukti itu tidak sah sebab tanpa persetujuan tuan punya barang. Keputusan hakim itu dibuat selepas Karpal Singh mahukan perbicaraan dalam perbicaraan diadakan berhubung cara pengambilan bahan bukti tersebut oleh pihak polis.

Opss...!! Sedara dan sedari para penyokong tegar Anwar dan Pas. Hakim tolak bahan bukti sebab katanya cara pengambilan salah. Tidak bermakna Anwar tidak meliwat Saiful tetapi kini polis tidak ada DNA terkini Anwar untuk dibandingkan dengan DNA "Lelaki Y" yang melekit pada bontot Saiful.

Justeru, untuk berlaku adil pendakwaraya perlu mengemukakan permohonan kepada tuan hakim untuk mendapatkan DNA secara sah dari Anwar Ibrahim. Kalau hakim mengeluarkan perintah agar DNA wajib diserahkan kepada pihak polis, Anwar tidak lagi boleh menolak kerana jika enggan dia boleh didakwa kerana melanggar perintah mahkamah. Ini sahaja cara nak dapatkan DNA Anwar sebab Anwar akan bermati-matian akan pertahan daripada mana-mana pihak ambil DNA beliau.

Kalau Anwar tetap enggan menyerahkan DNA-nya, pihak mahkamah boleh mengeluarkan perintah agar pihak polis mendapatkan DNA anak-anak Anwar sebab biasanya DNA anak dan bapa ada persamaan. Jika cara ini dilakukan, Anwar juga tidak mungkin nak nafikan bahawa DNA anak-anaknya sama dengannya. Takkan Anwar tak nak mengaku Nurul Izzah anaknya!

Sekarang ini Anwar bolehlah menarik nafas lega sebab perbicaraan kes liwatnya boleh dilanjutkan lebih lama lagi selepas ketiga-tiga barang bukti iaitu tuala Good Morning, botol air mineral dan berusi gigi yang digunakan Anwar semasa dalam lokap polis ditolak.

Tapi jangan lupa, pihak pendakwaan dan polis kini semakin bijak untuk menangani kes-kes liwat Anwar. Maklum pengalaman kes pertama banyak mengajar mereka. Anwar dan para peguamnya amat licik dalam mencari kelemahan teknikal sehingga dia boleh dibebaskan. Sebab itu team pendakwaraya dan pasukan polis sudah mempersiapkan "kelengkapan perang" mereka bagi menghadapi team Anwar.

Tunggulah kesudahan drama ni... bila entah!

Share this

1 Response to "Tolak bahan bukti.... Betullah mahkamah Malaysia tidak adil"

  1. Selicik licik pencak tok sing tergelicik juga nantinya. Dengan kehendak yang maha benar. Inshaallah.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.