18 March 2011

Tony Pua balik Malaysia sebab ditolak di Singapura?

Rupanya Tony Pua pernah cuba-cuba nak jadi wakil rakyat di Singapura. Maklum sebahagian besar dunia persekolahannya di negara republik itu, dari sekolah rendah di Raffles Junior College hingga A-level di Raffles Institute. Tapi sebab pernah didakwa di mahkamah, hajat mamat kelahiran Batu Pahat ni nak jadi wakil rakyat di Singapura tak kesampaian.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memajukan industri multimedia dan ICT menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC) dia menubuhkan sebuah syarikat IT, Cyber Village, syarikat e-knowledge yang kemudian disenaraikan di Bursa Saham Singapura. Sebab nak sangat jadi politikus, akhirnya Tony Pua jual syarikat itu dan bertanding pada PRU-12 atas tiket DAP. Sebab tsunami politik, maka dia menang di PJ Utara.

Sekarang ini dia yang sebahagian besar hidupnya di luar negara (Singapura dan UK)  bukan main lantang bercakap tentang ketenteraan Malaysia. Dia tahu ke perihal ketenteraan sampai nak kondem apa sahaja Mindef buat, perihal beli bot peronda sampai hanl-hal ini?

Nah kau, kena bantai dik Ahli Parlimen berjiwa muda macam Bung Moktar, tak pulak kau nak jawab. Aku tak nak tuduh dia macam Bung katakan dalam Parlimen sebagai ejen Singapura tempoh hari tapi kita semua tahulah para pemimpin DAP ni sering bercakap mewakili abangnya di seberang tambak tu. Tambahan pula kalau pemimpin yang sebahagian besar hidup di negara tersebut. Dahlah tu, pernah pulak nak jadi wakil rakyat di sana.

Jadi korang faham-fahamlah kalau Tony Pua ni sering kali lantang bercakap menghentam pihak tentera Malaysia. Tak lain nak menunjukkan kelemahan pihak tentera kitalah tu. Elok juga cabaran Zahid Hamidi supaya dia masuk jadi askar Wataniah macam KJ buat. Tak pun kalau berani sangat masuk pasukan payung terjun. Ada berani?

Haram tak berani punya...!

Share this

0 Comment to "Tony Pua balik Malaysia sebab ditolak di Singapura?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.