22 March 2011

Video seks: Anwar report polis, Datuk T nak suruhanjaya siasatan (updated!)

TERKINI:
Datuk T, orang bertanggungjawab dedahkan video seks lelaki mirip Anwar tetapi berperut buncit dengan pelacur Cina mahukan kerajaan tubuh suruhanjaya siasatan untuk siasat kes ini. Dia juga khabarnya akan serahkan jam Omega yang dipercayai milik lelaki berperut buncit tetapi dua kali pancut dalam masa 20 minit itu kepada suruhanjaya berkenaan untuk dianalisis DNA.

POS ASAL:
Wakakaha... Anwar  buat laporan polis pasal video seks yang didedahkan semalam. Yang peliknya dia belum lagi tengok rakaman tu sebab ikut kata Datuk T ia akan diserahkan dalam tempoh seminggu bagi peluang Anwar dan Wan Azizah bersara dari arena politik. Habis tu macam mana Anwar tahu yang lelaki dalam rakaman itu dirinya? jeng jeng jeng...

Lepas tu dia persoal pulak kenapa polis tak halang Datuk T dedah rakaman video tu kepada para editor semalam. Hehe... macam mana nak kalau polis pun tak tahu. Lagi pun ia private function bukannya buat demonstrasi ke ceramah umum ke macam orang Pas buat selalu. Macam jugak Teresa Cock dedah video "wanita Cina" kena ketuk-ketampi bogel dalam bangunan Parlimen dulu. Ada polis tahan Teresa? Tak ada kan?

Polis sebenarnya cukup baik dah. Kalau ikut undang-undang Anwar tak ada peluang bebas seperti sekarang boleh buat ceramah ke hulu ke hilir, boleh ke luar negara makan angin sebab dia adalah TERTUDUH kes liwat, kes jenayah yang sepatutnya tertuduh ditahan di dalam lokap sementara perbicaraan dilangsungkan. Lagipun Datuk T cuma dedah rakaman video tetapi yang bersetubuh dengan amoi dalam video tu yang patut dipersoalkan dulu.

Ini macam seorang jiran lapor polis rumah jirannya kena rompak. Dia nampak perompak tersebut tetapi tak boleh nak buat apa-apa. Kalau ikut style Anwar, dia nak jiran yang buat pendedahan itu ditangkap bukannya perompak rumah jirannya. Ya tak?

Satu lagi jadi persoalan, betulkah salah seorang kumpulan yang berkaca mata hitam yang dedahkan video masa kat Carcosa Seri Negara semalam itu adalah Datuk T? Ada beberapa sahabat mendakwa Datuk T tiada di Carcosa ketika itu. Wallahua'lam.

Apa yang aku musykhil ialah apabila dalam awal rakaman video seks itu ada seorang lelaki yang tidak dikenali bersama-sama mamat ini dan wanita Cina tersebut:
The black-and-white video was shown in several parts, beginning with the politician, a woman with East Asian features, and another unidentified man in a hotel room. - Malaysian Insider

Siapa "another undidentified man in a hotel room" yang dimaksudkan oleh Malaysian Insider di atas? (Makluman wakil Malaysian Insider antara salah seorang media yang menonton rakaman video seks ini). Apakah perantara bagi deal antara pelaku dan pelacur tersebut atau dialah Datuk T?

Jeng jeng jeng..... Misteri misteri! Tapi bila Anwar dah buat laporan polis, nanti polis akan siasatlah dan nanti akan terdedahkan sama ada rakaman video itu betul atau palsu, sama ada betul pelakonnya Anwar atau bukan dan siapa Datuk T.

Tapi harap Anwar terima apa sahaja hasil penyiasata polis. Jangan sampai bila polis sahkan lelaki itu dirinya, mula marahkan polis dan ajak rakyat berdemonstrasi dan dakwa polis berkonspirasi dengan Najib dan kerajaan nak jatuhkan dirinya.

Polis juga patut soal Wan Azizah kerana hanya dia yang tahu tanda lahir yang ada pada tubuh Anwar dan menjawab persoalan betulkah dia menyimpan jam tangan Omega milik Anwar?

Share this

0 Comment to "Video seks: Anwar report polis, Datuk T nak suruhanjaya siasatan (updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.