24 March 2011

Video seks: Hotel spa sedia khidmat seks diserbu!! (Updated!)

TERKINI (25/3/2011):
Sorry... Lambat update. Sah sebuah hotel & spa di sekitar KLCC diserbu malam tadi dan pihak polis menahan dua individu. Bilik hotel tempat rakaman dibuat dikenal pasti. Beberapa bukti lain juga sudah diperoleh. Dua lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan selepas memberi kerjasama. Siapa nak tahu hotel tersebut? Hehe.... Tak boleh dedah kat sini..!

POS ASAL:
Awas...!! Sebuah spa di sebuah hotel 4 bintang di sekitar KLCC bakal diserbu oleh pasukan D7 Bukit Aman dalam masa terdekat berikutan pendedahan video seks melibatkan seorang lelaki mirip Anwar Ibrahim tetapi perutnya lebih boroi. Silap-silap malam ini juga pasukan itu bertindak.

Ini berikutan langkah Datuk Trio yang malam ini dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung video seks tersebut telah menyerahkan rakaman tersebut kepada pihak polis untuk tindakan. Datuk Trio mungkin akan didakwa kerana menyimpan dan menayangkan video lucah tetapi yang menjadi kunci ialah pusat spa tersebut.

Aku percaya rakaman tersebut dibuat oleh tauke spa berkenaan bertujuan untuk mengkomersialkan rakaman yang dibuat di dalam spa yang turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggannya. Tauke berkenaan sudah pasti menyimpan banyak lagi rakaman lain yang mungkin melibatkan ramai lagi pelanggan. Mungkin ada diantaranya sudah berada di pasaran. Nak pasti cuba-cuba jengok peniaga VCD kat Petaling Street. Silap-silap ada lagi VIP lain yang menjadi pelanggan tetap spa berkenaan.

Pihak polis sudah pasti akan mendapatkan sumber rakaman tersebut dan sudah pastinya spa yang terletak di sebuah hotel 4 bintang berhampiran KLCC itu akan diserbu dan digeledah untuk mencari kalau-kalau ada lagi kamera tersembunyi yang ditanam dalam ruangan bilik hotel berkenaan.

Menurut Papa Gomo, Datuk Eskay memaklumkan bahawa biliknya juga didapati mempunyai kamera tersembunyi yang mengesahkan lagi spa dan mungkin juga hotel berkenaan terlibat dalam kegiatan rakaman curi adegan seks pelanggan mereka yang kemudian dijual di pasaran gelap. Tujuannya untuk menjadi kaya.

Jika polis dapat membuktikan wujud kegiatan sedemikian di hotel berkenaan, ia akan sekali gus menafikan dakwaan Anwar dan juak-juak mereka yang konon menyatakan rakaman video tersebut hasil rekayasa Datuk Trio dengan bantuan UMNO dan kerajaan bertujuan untuk membalas dendam serta menjatuhkan karier politiknya.

Ikut kata Papa Gomo, Eskay memberitahu dia sering membawa Anwar ke hotel berkenaan untuk beristirehat di spa berkenaan. Apakah bermakna ada banyak lagi rakaman lain melibatkan lelaki mirip Anwar tetapi lebih boroi ini?

Nama hotel berkenaan sudah aku diketahui tetapi tidak boleh didedahkan. Takut tauke spa berkenaan cabut lari lebih awal dan yang penting melarikan semua bukti rakaman lain.

Jadi, kepada sesiapa khususnya VIP yang pernah melanggan amoi di hotel berkenaan untuk tujuan menjadikan mereka teman beristirehat atau pernah bawa kekasih gelap menginap di situ, kena hati-hatilah. Takut nanti adegan tidak seronok dilihat telah dirakam.

Kalau yang baru nak check-in, masuk bilik nanti cuba geledah sekeliling... kat belakang TV, di celah almari, atas siling, celah katil, balik lampu tidur bla bla bla... kut-kut ada kamera tersembunyi. Takut nanti tak pasal-pasal terkantoi...! Haha..!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...