18 SX: Kalau macam ni apa nak buat?

Sila Sahin - Gadis Turki dari Ayla "GZSZ". Pelakon TV cantik yang makin berani!
Menggaru kepala aku baca kisah artis femes Indonesia, Kris Dayanti yang kat Malaysia pun tak kurang jugak ramainya peminat beliau. Penyanyi tersohor itu dikhabarkan sedang mengandung 4 bulan selepas sebulan berkahwin dengan seorang jutawan Timor Leste.

Best part komen Kris Dayanti tentang kehamilan beliau yang diluar dugaan itu: "Kami sudah dewasa dan kami terima hal ini (hamil) dengan penuh tanggungjawab." Kenyataan penyanyi beragama Islam ini seolah-olah beliau tidak kisah kalau beliau sedang mengandung anak luar nikah sebab dia sudah dewasa... Dushh!!

Satu lagi yang buat aku garu kepala bila baca kisah seorang wanita Islam yang berbogel untuk majalah dewasa, Playboy! dalam Kosmo hari ini (Baca di sini!) Perghh... Sila Sahin yang merupakan seorang wanita Turki dan dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi terkenal di Jerman sebagai pelakon.

Baru-baru ini dia mengejutkan seluruh umat Islam di Jerman dan Eropah apabila berani tampil separuh bogel untuk majalah dewasa tersebut. Best part juga bila Sila kata dia berbogel di majalah ini untuk mahu bebas. Katanya, dengan gambar-gambarnya yang menampakkan buah dada di majalah dewasa itu, dia boleh membebaskan diri daripada semua halangan yang dihadapi ketika kanak-kanak...
"Aku berbogel di majalah Playboy sebab aku nak wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk menentukan calon suami, tentang keperawanan agar bangkit untuk bersuara dan bertindak...." 
Tahu tak kalau ramai wanita Islam di Malaysia sekarang ini yang berfikiran seperti kedua-dua selebriti tersebut. Bersekududukan, hamil luar nikah, berhubungan seks ketika awal remaja, cinta sejenis, mencari kebebasan hidup dan lari dari norma kehidupan Islam merupakan antara budaya yang semakin sebati dalam masyarakat kita.

Mungkin kita sedar tetapi kita tidak boleh melalukan apa-apa. Paling-paling kita cuma geleng kepala atau paling tidak mengucap panjang. Tetapi tiada apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya. Sukar memang.... Sama juga kalau ada ahli politik yang bertanya di dalam Parlimen, berapa peratus umat Islam yang sembahyang 5 waktu sehari semalam. Memang pecah kepala nak fikir atau buat penyelidikan.

Bagi orang politik sebelah sana, mereka akan salahkan kerajaan sekarang sebab tak laksanakan hukum hudud. Ada selebriti yang sudah bertaubat menyalahkan sistem pendidikan sehingga masalah sosial seperti ini semakin parah. Tapi kebanyakannya menyalahkan mak bapak. Tapi aku percaya ibu bapa Sila begitu taat pada agama Islam dan sudah pasti diterapkan kepada Sila. Namun di luar sedar ibu bapanya, Sila sebenarnya memberontak sejak kanak-kanak lagi.

Aku tak berani nak ulas panjang hal ini. Aku serahkan kepada yang pakar untuk mengkaji sebab musababnya dan aku percaya ramai kalangan remaja kita termasuk yang diberikan bimbingan agama yang mencukupi, memberontak dan mahu mencari kebebasan, tanpa dihalang oleh sekatan agama, adat dan budaya.

"Escapisme di kalangan wanita Islam di Malaysia" ~ hemm...  menarik tajuk ni untuk tesis atau researh kat U!


MTB: Salut kat bekas pemain tenis no. 1 dunia, Dinara Safina yang berbangga sebagai seorang wanita Islam...!
18 SX: Kalau macam ni apa nak buat? 18 SX: Kalau macam ni apa nak buat? Reviewed by mesin taip buruk on 4/20/2011 04:11:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.