Ada lagi yang "terjun" bangunan SPRM... mampus!

Hari ini seorang lagi saksi kes di bawah SPRM terjun bangunan. Kali ini di bangunan SPRM Wilayah di Jalan Cochrane (bangunan baru diduduki). Seorang pegawai kanan kastam Selangor yang kena cekop SPRM masa operasi besar-besaran ke atas pegawai kastam yang makan duit hari ini ditemui mati di tingkat satu bangunan tersebut.

Polis kata berdasarkan siasatan awal, kes ini mati mengejut. Maknanya tidak ada unsur jenayah. Aku dimaklumkan mamat ini datang sendiri ke pejabat SPRM Wilayah selepas ditahan pada 1 April lalu. Selepas diambil kenyataan, dia dibebaskan 2 April. Kehadirannya ke pejabat SPRM Wilayah kerana mahu bertemu "seseorang" tetapi gagal.

Selepas itu kakitangan SPRM tersebut terkejut apabila mendengar dentuman kuat di atas bumbung dewan dan mendapati mamat ini sudah tergolek di atas gelanggan badminton.

Yang tak sedapnya, kes ini telah dan bakal dipolitikkan oleh puak-puak pembangkang terutama DAP sepanjang kempen di Sarawak dan mereka akan kaitkan kematian mamat ini dengan kematian Teoh Beng Hock serta menuduh SPRM atau kerajaan bertindak kejam ke atas kedua-dua mangsa.

Khabarnya, di Pelabuhan Klang (tempat mamat ini bertugas) ramai yang tidak berpuas hati dengan kematian mamat ini dan menuduh SPRM sebagai "pembunuh".

Hemmm... aku tak tahulah nak buat macam mana. SPRM baru saja "cipta kejayaan" selepas memberkas ramai pegawai kastam yang seleweng dan rampas duit berjuta-juta, hari ini kecemerlangannya dipalit dengan kematian seorang lagi saksi mereka. Betul ini bukan salah SPRM tetapi puak-puak pembangkang pasti akan mempolitikkan kes ini.

Perlu tubuh suruhanjaya siasatan diraja lagi ke?

 Penatttt...............
Ada lagi yang "terjun" bangunan SPRM... mampus! Ada lagi yang "terjun" bangunan SPRM... mampus! Reviewed by mesin taip buruk on 4/06/2011 07:43:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.