03 April 2011

Aku pun nak jadi pegawai kastamlah....!!

Huuuuu... best! Patutlah ramai yang nak jadi pegawai kastam. Rupanya jadi pegawai jaga pintu masuk sempadan negara ini boleh jadi jutawan beb! Tak perlu masuk politik jadi AJK UMNO atau buat bisnes MLM siang-malam,  rupanya jadi pegawai kastam pun boleh jadi kaya-raya. Perghh... Aku pun nak jadi pegawai kastam jugaklah.

Beberapa hari ini SPRM dedahkan puluhan pegawai kastam sudah dicekup kerana terlibat makan duit haram. Best part masa diorang serbu rumah-rumah pegawai terbabit mereka temui duit beratus-ratus ribu bersepah dalam ruamh. Ya lah duit haram. Nak masuk bank, nanti boleh trace. Nak melabur dalam mana-mana saham, syarikat atau buat bisnes nanti kena declare harta... kantoi.

Itu pasal duit dicampak merata saja dalam rumah. Huss... bestnya kalau hidup dengan berbantalkan duit. Tapi sayangnya itu semua duit haram. Duit haram ni kata orang tak berkat. Nak buat pergi Mekah pun takut terbakar badan. Hebat sungguh para pegawai ini yang salah guna kepercayaan yang diberi kerajaan dengan menerima wang sogokan. Cisss.... orang macam ni patut humban dalam perigi!

Bayangkan berbilion duit kita lesap tiap tahun sebab angkara para pegawai kastam ini. Bayangkan berapa lama dah perkara ini berlarutan dan tiada siapa peduli. Hemm... Pegawai yang duk kat negeri-negeri boleh buat duit beratus ribu, apa pegawai atasan kastam ni buat ye? Takkan tak pantau pegawai bawahan yang syok buat duit haram?

Aku tak mahu tuduh mana-mana pihak tetapi kalau akulah, pendedahan SPRM ini amat memalukan dan Ketua Pengarah Kastam kalau dia gentleman, dia akan rasa malu dan sedia bertanggungjawab dengan melepaskan jawatannya. Apakah beliau sanggup berbuat demikian? Yang kena cekop ni bukan sorang dua beb, tapi dah dekat ratusan.... Lumpuh kastam dibuatnya!

Apa pun tahniah buat SPRM kerana menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab...!

Share this

3 Responses to "Aku pun nak jadi pegawai kastamlah....!!"

  1. pegawai kasi hantam lu orlanglah

    ReplyDelete
  2. tingkatan biasa pon bolih beli 6 biji romah lot, 6 biji kereta, anak ada 4 setakat SPM dua tahun lagi besara lanjutan system pak lah.bini pencen nurse medical board,tapi hidup tak tenteram takut kat orang rumah paga tutup 24jam.kucing pon tak bagi temguk.....pegi haji dan umrah tiap tahun.sapa tak nak ooooiiiii!!!

    ReplyDelete
  3. Bubar saja Jabatan, tade la jadi lumpuh. DUTY FREE SATU MALAYSIA BEB

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.