05 April 2011

Apa jenis isteri si Wan Azizah ini....

Apa jenis isteri si Wan Azizah ini. Macam tak ada naluri langsung dengan suaminya. Aku yang baru sikit "buat hal" bini aku dah suspect. Inikan pula terang-terangan. Tak kisahlah mirip ke serupa ke, takkan Azizah tak ada perasaan syak wasangka sama sekali?

Itulah gerutu kawan sepejabat aku apabila mengetahui Wan Azizah tetap pertahan suaminya dan mendakwa lelaki dalam video seks itu bukan lelaki yang dikahwininya selam lebih 30 tahun lalu. Kata kawan aku, adalah mustahil Azizah tidak mengecam sama sekali lelaki dalam rakaman video itu adalah suaminya yang mereka hidup bersama selama bertahun-tahun. Atau apakah Azizah sengaja menutup mata dan telinga demi maruah suami?

Kata kawan aku, mustahil seorang isteri boleh lagi pertahan suaminya tanpa sebarang perasaan sedih walaupun telah menyaksikan sendiri tayangan video tersebut. Kalau tidak banyak sudah pasti sedikit akan terdetik di hati "betulkah ini suami aku?' atau si anak akan berdekit.."macam papa". Sudah pasti air mata mengalir di pipi. Benar atau mirip bukan lagi persoalan.

Benar kata Wan Azizah bukan soal video itu tulen atau sebaliknya tetapi apakah benar dalam rakaman itu Anwar atau orang lain yang mirip Anwar?

Jadi kalau Azizah mahu mendapatkan kepastian adalah dengan satu cara sahaja iaitu bertanya sendiri dengan Eskay, apakah benar itu Anwar dan tanyalah Eskay apa aktiviti sampingan suaminya jika berada di luar negara. Tanyalah juga Nallakarupan, Ezam, Rashid dan ramai lagi yang boleh menjadi saksi.

Jangan tanya Anwar sebab sampai mati pun dia tak akan mengaku. Suami mana yang nak mengaku berlaku curang kepada isterinya. Tidak... tidak mungkin. Dan kalau Azizah segan untuk bertanya kepada Eskay atau tidak percaya kepada lelaki yang menjadi tukang urut suaminya, Azizah boleh mengupah seseorang yang beliau percayai untuk menyiasat aktiviti sampingan suaminya. Ramai penyiasat persendirian profesional di luar sana.

Kenapa perlu salahkan UMNO dan kerajaan terhadap apa sahaja tuduhan ke atas suaminya? Jika seseorang tidak melakukannya adalah mustahil perkara seperti ini dapat ditimbulkan.Jika ia sekali berlaku, betul ada kemungkinan ini konspirasi tetapi kalau satu... dua.. tiga dan berkali-kali berlaku, takkanlah semuanya kerana konspirasi kalau bukan memang itulah perlakuannya.

Kepada Wan Azizah tak usahlah lagi nak berdrama dan nak pertahankan suaminya sebab aku tahu semua itu dilakukan demi politik dan bukannya demi maruah keluarga. Kalau betul Azizah sayangkan keluarga sudah pasti beliau menasihati suaminya agar bersara dari arena politik. Tumpu kepada keluarga dan yang penting buatlah amal ibadah sebanyak mungkin. Umur pun dah makin lanjut.

Untuk apa Wan Azizah terus pertahankan Anwar dan berpolitik sedangkan keadaan keluarga hancur berderai. Kalau tak sayang diri sendiri, sayangilah anak-anak. Mereka sudah pasti sengsara angkara sikap papa dan mamanya.

Share this

7 Responses to "Apa jenis isteri si Wan Azizah ini...."

  1. Salamm.

    Nota yang ringkas tapi cukup bermakna. Jijah tu, kna nasihat suami. Sudah-sudahlah. Bersara.

    Tumpu perhatian pada keluarga. Buat amal ibadat. Bab politik-politik nieh, bagi kat anak-anak pulak. Cukup-cukuplah tu.

    ReplyDelete
  2. Jijah ada buat bai'ah ngan Nuar gaknya.. Kalau tak nak dengar jatuh talak.. Alaaah.. macam bai'ah pengikut hamPAS buat tuhh..

    ReplyDelete
  3. Blog yg paling bodoh dan tolol pernah aku terserempak! Lu memang bahlul..! Bertaubatlah sebelum trlambat! Nak masuk Neraka Jahannam ke? Ingat, setiap huruf dalam tulisan anda akan jadi saksi di hadapan Allah kelak. Bukan main2! Ini soal dosa besar!!! Cukuplah, cepat2 bertaubat sebelum malaikat Izrail datang cabut nyawa kau!

    ReplyDelete
  4. Hai Khalid.. Marah nampak? Kenapa terasa ke? Kesian korang ni. Hati dah gelap gelita sampai dah tak boleh beza mana yang hak, mana yang batil. Mana yg betul mana palsu... Tak apalah Allah itu maha adil dan maha mengetahui...

    ReplyDelete
  5. Kalau si Khalid ni bukan dari golongan intelektual, mungkin kita boleh maafkan kebodohan dan ketaksubannya. Tapi jika sebaliknya, maka orang seperti dia perlu dikutuk habis-habisan. Bukan kerana dia mahu menyokong seseorang secara membuta-tuli TETAPI kerana TIDAK MAHU menggunakan akal fikiran yang dianugerah Tuhan. Manusia yang berpendidikan tinggi, lebih-lebih lagi dalam bidang keAGAMAan, sepatutunya berasa malu pada diri sendiri kerana "ada mata tapi tak pandai melihat " ! Allah swt memang benci kepada puak yang MUNAFIK.

    ReplyDelete
  6. <> wrote by Khalid.

    abistuh yg hang tulih "bodoh, tolol, bahlul" tu memaki tuan punyer blog ni dpt masuk syurga firdausi ker?? dah confirm sgt ker hang tu akan ditempatkan dlm golongan yg beriman kt sana nnt?

    p/s: sedih tngok org yg bajet dier dh 101% suci dr dosa nieh....kalo x bersetuju pun x payah nk guna kata2 kesat...

    ReplyDelete
  7. Otak si Khalid tu di kepala lutut macam puak2 PAs khawarij yg lain yang suka sangat sokong membabi buta!! Bila la puak2 bengap PAS ni mau sedar dan kembali ke tamadun yang asal???

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.