17 April 2011

BN dah menang... Taib dah ada pengganti?

BN dah kembali memerintah Sarawak selepas diberi mandat lebih 2/3 majoriti undi pada pilihan raya negeri semalam. Kini tumpuan rakyat Sarawak khasnya dan seluruh negara amnya ialah pelan peralihan pucuk pimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.

Ini kerana sebelum pilihan raya, Taib dah beri jaminan bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya ini. Beliau mahukan sedikit masa untuk membolehkan pelan peralihan Ketua Menteri berjalan lancar dan tidak mengejutkan.

Sebenarnya orang Sarawak sudah lama menantikan berita ini sebab itulah apabila Taib mengumumkan akan menyerahkan kerusi Ketua Menteri, ramai pengundi atas pagar atau yang sebelum ini ragu-ragu telah mengundi BN dengan harapan Taib menunaikan janjinya. Benar, Taib adalah antara liabiliti BN pada pilihan raya negeri kali ini tetapi pengundi Cina masih tidak yakin dengan pelan peralihan tersebut.

Aku diberitahu pada pilihan raya negeri 2001 dan 2006, Taib juga turut mengumumkan untuk berundur sebagai Ketua Menteri tetapi sebaliknya terus kekal sehingga kini. Sebab itulah ramai pengundi Cina tidak yakin dengan Taib dan menganggap apa yang diucapkan Taib sebelum pilihan raya adalah untuk memancing undi semata-mata.

Pun begitu, Najib sendiri sudah memberi jaminan bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku manakala Taib sendiri mendakwa beliau sudah ada pengganti. Khabarnya Abang Johari sudah lama menanti Taib berundur dan namanya sering kali disebut-sebut sebagai pengganti Taib tetapi sampai hari ini ibarat pungguk rindukan bulan.

Kecewa dengan Taib, Abang Johari sendiri khabarnya pernah berusaha untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak untuk membolehkan parti itu menyaingi PBB yang dikuasai oleh Taib tetapi dihalang.

Dan pilihan raya kali ini Taib mengulangi jaminan bahawa beliau akan melepaskan kerusi Ketua Menteri, walaupun tidak menyebutkan tempoh masa yang diberikan sebelum menyerahkan tampuk kekuasaannya di Sarawak.

Kini seluruh rakyat Sarawak menantikan Ketua Menteri yang baru dan pada masa yang sama menunggu apakah Taib benar-benar akan berundur atau kembali memungkiri janjinya.

Betulkah Abang Johari bakal Ketua Menteri Sarawak? Atau ada calon lain.... 

Share this

1 Response to "BN dah menang... Taib dah ada pengganti?"

  1. Benarkah pengundi Cina memilih DAP atas faktor tidak yakin TAIB akan mengunduir diri?

    Jika benar Taib berundur seebelum pengundian, apakah mungkin pengunmdi Cina tidak memilih DAP?

    Bagi pengundi Cina apa pula keperluan untuk Taib berundur? Apakah Taib diskriminasi pada kaum Cina sepanjang pemerintahaannya? Bukankah jika bukan keutamaan diberi kepada pribumi ia adalah seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan selari dengan dasar Pusat?

    Siapapun pengganti Taib sebenarnya tidak akan merubah arah undi Cina kepada DAP kecuali CM adalah seorang yang sama bangsa dengan mereka. DAP bukan sahaja berjaya menananm sikap perkauman yang tebal tetapi juga menanam sikap benci kepada pribumi. Teori ini juga terpakaii di Semenanjung.

    Disusuli sikap tamak haloba untuk menmgaut kekayaan yang berlebihan sudah cukup terkenal di kalangan Cina Malaysia.

    Mreka menganggap kekayaan dan kejayaan dalam bidang ekonomi dan pendidikan orang Melayu hari ini semata mata atas dasar kerajaan dan orang Cina juga melihat kekayaan dan lain lain bidang akan lebih mudah jika kerajaan dikuasai oleh mereka tanpa memikir bahaawa ketidakseimbangan ekonomi akan menyebabkan negara huru hara.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.