03 April 2011

Calon BN di Sarawak.... Ada misteri apa tu?

Melihat senarai penuh calon-calon yang mewakili BN pada pilihan raya Sarawak 16 April ini, macam ada misteri pula dan ada sesuatu yang mengejutkan bakal berlaku sebelum dan selepas pilihan raya ini. Senarai penuh calon, jengok kat blogger Sarawak ini.

Misteri pertama ialah senarai 70 nama yang diumumkan di mana salah seorang calon khususnya dari PBB sudah pasti adalah calon yang bakal menggantikan kerusi Ketua Menteri Sarawak selepas Taib Mahmud mengumumkan persaraan beliau selepas pilihan raya ini. Siapakah di kalangan mereka ini akan menduduki kerusi "kuning" itu?

Ikut laporan Rajahmas, PBB akan bertanding di 45 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).  Daripada jumlah itu, 10 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (7), PRS (2), SPDP (1) .

Berdasarkan senarai calon tersebut, apakah Adnan Satem bakal menggantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak? Atau apakah Abdul Rahman Junaidi atau siapakah daripada 35 calon PBB (tolak 10 calon baru) tersebut. Nampaknya Effendi Norwawi tidak dicalonkan maka cakap-cakap menyatakan suami Tiara Jacqualine itu akan buat "come back" nyata tidak tepat.

Ops... tunggu! Satu lagi kerusi belum diumumkan. Yang ini pun misteri dan penuh kejutan juga. Calon Be'kalalan tidak diumumkan oleh Adnan hari ini sebaliknya hanya akan diketahui pada hari penamaan calon 6 April ini.

Uhh... kenapa kerusi Be'kalalan tidak diumumkan? Apakah calonnya belum diputuskan, ada pertelingkahan calon atau BN sengaja mahu mencetuskan suasana suspen dan kejutan kepada pihak lawan? Atau ini cuma "April Fool"......

Kalau ya nak buat kejutan, apakah istimewanya kerusi Be'kalalan sehingga calonnya diumumkan pada hari penamaan calon. Apakah calon Be'kalalan adalah calon yang bakal menggantikan kerusi Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya ini? Jeng... jeng... jeng...!

Suspen... memang suspen!

Share this

0 Comment to "Calon BN di Sarawak.... Ada misteri apa tu?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.