01 April 2011

Ciss..! Siapa buat April Fool kata harga minyak naik?

Cilakak...! Siapa buat April Fool "bodoh" kata harga minyak naik hari ini? Cisss... masin sungguh mulut korang. Tak pasal-pasal sebab korang dah harga minyak betul-betul naik. Tapi yang naik ialah RON97 iaitu tambah 20 sen lagi mulai tengah malam ini.

Harga RON97 yang kerajaan tak kawal dan harga ikut pasaran sejak 31 Januari malam ini tambah lagi menjadi RM2.70 sen seliter. Kenaikan ini (psstt... alasan biasa!) tak dapat dielak sebab harga minyak dunia sudah melonjak sampai AS$114 setong. Ini semua gara-gara krisis politik di Asia Barat - Bahrain, Syria, Arab Saudi lebih-lebih lagi Libyalah.

Tapi aku risau jugak sebab selalunya mula-mula kerajaan naikkan harga RON97 tetapi lepas tu dinaikkan pula RON95 macam sebelum ni. Alasan... biasalah kerajaan dah tak mampu tampung subsidi. Nak tak nak kena jugak naikkan harga minyak.

Sekarang ini yang beli RON97 cuma kenderaan asing dari Singapura atau Thailand sebab mereka tak boleh beli RON95. Tapi rakyat Malaysia hampir semua termasuk yang pakai kereta-kereta mewah pun dah isi RON95. Jadi, kalau minyak "rakyat" dinaikkan lagi, tak tahulah nak cakap.

Cuma aku harap kerajaan terus pertahankan harga RON95 pada harga sekarang (kalau dah tak boleh nak turun pun) sebab kalau dinaikkan juga, maka naiklah angin seluruh rakyat terutama di Sarawak yang nak pilih kerajaan mereka 16 April nanti.

Ini bukan April Fool... Ini betul-betul punya!

Share this

1 Response to "Ciss..! Siapa buat April Fool kata harga minyak naik?"

  1. http://news.yahoo.com/s/ap/20110511/ap_on_bi_ge/oil_prices_14

    http://www.businessweek.com/news/2011-05-11/oil-extends-decline-after-larger-than-forecast-gain-in-supplies.html

    sy tak faham kenapa di malaysia ditipu begini~

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.