26 April 2011

Emel 1Malaysia..... Ini je ke kehebatan inovasi kita? (Updated!)

TERKINI (27.4.2011)
Berita Awani pagi tadi mengesahkan syarikat yang sediakan emel 1Malaysia (myemail) ini mengenakan bayaran 50 sen untuk emel yang secure. Apa ke jadahnya pakai emel berbayar walhal Yahoo!, Google boleh bagi free. Dulu Jaring bagi emel siap dengan tandatangan digital lagi... Free jugak. Aku tak tahu apa dah jadi dengan email Jaring. Dah lama terminated akaun Jaring!

POS ASAL:
Tengok filem ni... baru cakap pasal inovasi!
Aku nak ulas pasal emel 1Malaysia dan aku nak tanya siapa punya idea nak bagi setiap rakyat Malaysia dengan emel ni? Siapa? Tolong angkat tangan? Aku nak tanya... ini saja ke kehebatan orang kita? Ini saja ke pemikiran inovatif orang kita? Sungguh memalukan...

Malaysia dah ada MSC - Multimedia Super Corridor sejak 1996. Lepas itu macam-macam teknologi dah berkembang. Dalam bidang ICT, inovasi berkembang sepantas kereta F1 yang kadang-kala tak terkejar oleh kita. Pasal emel untuk rakyat Malaysia ni, aku ingat lebih 10 tahun lepas aku dah dengar, masa zaman Dr. Mahathir lagi.

Sekarang timbul balik dengan emel ni. Aku nak tanya, apa nak buat dengan emel ni? Apa platform nak digunakan? Aku dah ada lebih 5 akuan emel peribadi dan syarikat. Semuany free. Nak buat apa lagi dengan emel ni? Lagipun sekarang semua orang dah ada Blackberry dan ada iPad. Emel ni nak pakai platform mana?

Inilah orang kita. Dulu kitalah pencetus MSC dan merancang jadikannya Silicon Valley Asia. Tapi sekarang orang dah ke bulan kita masih merangkak-rangkak nak buat emel free. Yeop! Kat Singapore diorang bagi personal digital ID setiap rakyat supaya senang nak berurusan dengan kerajaan elektronik. Nak login masuk mana-mana website kerajaan, gunalah ID tu.

Tapi Malaysia??? Emel free? Hahahahaha....

Aku nak nasihatkan siapa yang cetus idea nak bagi free emel 1Malaysia ni pergi tengok filem Minority Report. Filem ni dibuat oleh Steven Spielberg awal tahun 2000 lagi. Tengok apa inovasinya filem ini. Kita duk sibuk-sibuk sekarang ini dengan iPad, walhal dalam filem tu, Spielberg dah buat "tablet PC". Tengok masa heronya (John Anderton lakonan Tom Cruise) lari dalam ERL, ada mamat baca surat khabar elektronik atas sekeping papan. Berita tu bertukar setiap masa jika ada breaking-news.

Satu lagi menarik dalam Minority Report.... si hero tak boleh lari sebab ke mana saja dia pergi, ada iklan sebut namanya. Masuk supermarket ada iklan kat dinding sebut "welcome John Anderton" dan lain-lain lagi. Jadi aku nak cakap kat sesiapa yang cetuskan idea emel ni, inilah namanya INOVASI iaitu menghasilkan teknologi untuk masa depan dan bukan setakat menggunakan teknologi masa kini.

Kalau takat nak buat emel free untuk rakyat Malaysia (tapi khabarnya kerajaan bayar 50 sen setiap akaun) Hotmail, Yahoo Mail dan berpuluh tahun dah buat dan aku ingat lebih 80 peratus rakyat Malaysia dah ada emel free Yahoo Mail, Google Mail dan mel-mel lain.

Fikir luar kotak yeop! Jangan bikin malu beb!

Share this

3 Responses to "Emel 1Malaysia..... Ini je ke kehebatan inovasi kita? (Updated!)"

  1. Puas dok fikir sejak pelancarannya kemarin...tp tak faham apa tujuan dan untuk apa.
    Kabarnya idea dr org dlm CIMB tp utk apa sbb Gmail saja sy ada 4 akaun peribadi Yahoo ada 3 belum lagi hotmail,rocketmail,ymail dll lagi..

    kompius...

    Betullah apa yang dikupas oleh Mesin Taip Buruk Tu...

    ReplyDelete
  2. yg paling siotnyer tak habis2 dorg pi guna najib sbg 'jurucakap' dorg..

    pastu, xpsl2 la ni smua cina kiasu ngn lembu2 melayu pakatan kutok2 najib.. padehal mmg bkn idea dy pun.. syarikat bumiputera kalau nk dpt name toksah pi bwk nme org politik.. sendiri rugi, sendiri jgk mau tanggung beb..

    ReplyDelete
  3. TU LA AKAU DA CAKAP.. MCM PESERTA RAJA LAWAK..AMIR.. HANYA DIA YANG FAHAM APA YANG DILAWAKKANNYA..PM BANGUN LA JGN JADI MCM PAK LAH...ISLAM HADHARI HINGGA KINI ORG TAK FAHAM...1 MALAYSIA.. NAMPAKNYA CIN TAK SOKONG YG SOKONG TU DA DI ATUR OLEH PROTOKOL...KAT BAWAH NI NKRA/KPI ATAS KERTAS AJA.. RAMAI YG TAK FAHAM.. NAK BUAT KEJA SEMUA NYA..TAK ADA DUIT..ATAS KERTAS NAMPAK BYK DUIT BILA NAK BUAT MCM MACAM KERTAS KEJA NAK BUAT.. BUANG KERTAS BUANG MASA...PERKIHDMATAN KERAJAAN MCM DI TAKUT LAMA JUGAK.SYARIKAT SWASTA DA 200 KM DI HADAPAN KERAJAAN BARU MASUK GEAR 2...YG UNTUNG PUAK TERTENTU..MANA TIDAK ORG MARAH...MAJLIS SANA SINI NAK TANYA BERAPA BELANJA...YG UNTUNG ORG SEWA CYNOPY..CATTERING..PADA ORG NOI BUKAN SOKONG BN PUN...APA KATA.?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.