03 April 2011

Eeee... gediknya pelajar AF9 sorang tu!

Lena (paling kanan) menunjukkan aksi gedik yang over pada Konsert Tirai AF9 malam tadi...
Haha... Aku bukannya jenis ketagih tengok program-program hiburan kat TV ni lebih-lebih lagi Akademi Fantasia (AF). Tapi malam tadi sebab nak temankan anak-anak dara aku, aku layan jugaklah Konsert AF9 kat Astro Ria. Sambil layan AF boleh jugak layan anak-anak. Maklum dah seharian tinggalkan mereka sebab bekerja, time-time macam tulah nak bersama anak-anak.

Tapi dalam ramai-ramai 12 peserta AF9 ni (maaflah!.. aku cuma sempat tengok show 6 peserta terakhir je..!) aku geli benor tengok kegedikan salah seorang peserta perempuannya. Ish... baru konsert pengenalan dah tunjuk gedik. Biasanya kalau pelajar yang over dan gedik macam Lena dari Sabah ni, aku percaya konsert pertama saja dah angkat beg balik.

Sebab seingat aku yang jarang-jarang layan AF ni, biasanya peserta yang terlebih dan tergedik macam ni cepat je diundi keluar oleh penonton. Bukan apa... menyampah! Buat menyemak dalam kelas vokal dan atas pentas je.

Aku tak tahulah apa kena minah ni. Belum buat show dah melambai-lambai, bagi flying kiss... perasan ramai peminat ke? Aih... takan baru 1st time muncul kat konsert dah ramai peminat. Lepas tu kaki menyampok... Nasiblah si Aznil tu tak brutal.. Kalau aku memang aku sepak jeh minah macam ni. Haha...

Aku nasihatkan kepada Lena, kalau nak bertahan lama kat AF9 tu tolonglah jangan over sangat dan terkedik-kedik macam berok dapat selipar Jepun. Geli geleman aku yang taraf pakcik bagi korang ni tengok. Haloo... kau tu belum femes pun lagi jangan nak perasan.

Maaflah... Dalam konsert tirai malam tadi aku tak nampak seorang pun peserta yang menyerlah. Semuanya biasa-biasa sahaja mulai dari suara, persembahan. Yang lebih mungkin penampilannya kot. Jadi kepada Adlin Aman Ramly, siap-siaplah kau kena hentam kalau gagal bentuk pelajar korang. OOOoo.. dulu bukan main kau kutuk pelajar orang ye? Sekarang rasa kau.

Satu lagi, aku ucap tahniah kepada Astro sebab pilih Amy Search sebagai Pengetua AF9 yang sebelum ini heboh katanya penyanyi kontroversi Indonesia dari kumpulan Dewa 19, Ahmad Dani dipilih sebagai pengetua. (Baca di sini...!). Maknanya Astro menghormati pandangan penonton dan yang penting hormati karyawan tempatan dengan memilih Amy Search berbanding Ahmad Dani.

Psssttt... Aku jangka protege Erra Fazira boleh jadi juara Mentor musim ini! Tak caya? Tengoklah nanti....

Share this

2 Responses to "Eeee... gediknya pelajar AF9 sorang tu!"

  1. Konsert-konsert AF bertujuan melekakan orang Melayu sahaja. Ia sama juga dengan program "Sure Heboh" bagi melekakan orang Melayu. Kalau diperhati, samada peserta atau penonton, semuanya Melayu.

    Majlis Fatwa Pun Minat Dengan Poco-Poco

    ReplyDelete
  2. Seingat aku masa Rasulullah baru tiba di Madinah selepas berhijrah dari Mekah, baginda disambut dengan nyanyian dan bunyi-bunyian dan baginda tidak melarangnya... (kalau aku salah tolong betulkan!) - tq

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.