09 April 2011

F1: Team Lotus menang sorak.....

Maaf cakaplah. Nampaknya Lotus Team milik Tony Fernandez, taukeh AirAsia ni menang sorak saja nampaknya. Sebabnya hasil ujian masa perlumbaan F1 di Sepang hari ini, kedua-dua pelumba mereka tak berganjak dari posisi lima ke bawah, sama seperti penampilan pertamanya musim lalu.

Tapi sebelum ini Tony bukan maincakap besar teamnya kali ini akan beri saingan kepada team-team besar macam Red Bull, Ferrari, Mercedez atau McLaren tapi nampaknya persaingannya masih lagi dengan rakan-rakan sebaya yang memasuki perlumbaan musim lalu, Virgin dan HRT. Aku harap Lotus Team dapat perbaiki prestasi mereka selepas ini.


Tapi aku nak ucap tahniah kepada team Lotus satu lagi iaitu Lotus Renault sebab berupaya mencabar pasukan lain dan begitu juga Mercedez GP Petronas, juga menunjukkan prestasi membanggakan awal musim. Pun begitu kita sama-sama saksi dan tunggu keputusan perlumbaan sebenar esok.

Lotus Team, Lotus Renault dan Mercedes GP adalah team yang ada kaitan dengan Malaysia dan dianggap pasukan Malaysia. Aku harap mereka mencipta kejayaan esok... sekurang-kurang menaiki podium dan membawa bendera Malaysia atau produk Malaysia!

Share this

2 Responses to "F1: Team Lotus menang sorak....."

  1. ramai orang malaysia yang berbakat tapi tak mahu diketengahkan..negara sudah merdeka lebih 50 tahun tapi anak malaysia masih dipinggirkan..

    memang susah untuk melayakkan diri ke F1 tapi kalau tak dicuba, mana kita tahu.Malaysia perlu melatih anak bangsa sendiri untuk memandu jentera negara.

    renung renungkanlah...

    ReplyDelete
  2. Dulu kita ada pelumba Alex Yoong yang memandu Minardi. Walaupun tak pernah dapat kutip mata apatah lagi naik podium, tapi ia satu kejayaan besar kepada negara sebab menjadi pemandu F1 pertama Malaysia dan ASEAN.
    Sekarang ada Fairuz Fauzy yang musim lepas jadi pemandu simpanan Lotus Team dan tahun ini jadi pemandu simpanan Lotus Renault. Masa bersama team Tony Fernandez ada beberapa kali Fairuz jadi pemandu ujian jentera... Oklah tu dah ada 2 pelumba. Ramai2 nanti tak eksklusiflah pulak..
    Sebetulnya ramai lagi pelumba muda berbakat yang kita ada dan sedang berlumba dalam pelbagai perlumbaan, termasuk F2000, saloon dan go-kart! Ramai sebetulnya, cukup masa dia akan masaklah tu...!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.