05 April 2011

Jangan risau... polis tak boleh buat apa-apa...

Puak-puak penyokong tegar Anwar dan puak-puak Pas jangan risau. Andai betul dalam video itu Anwar yang sedang melayan amoi itu, beliau tidak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak polis kerana setahu aku sehingga kini tiada peruntukan undang-undang untuk menghukum lelaki yang bersetubuh dengan pelacur.

Sebaliknya yang akan dikenakan tindakan ialah pelacur terbabit. Itupun sekadar hukuman yang amat ringan. Paling kena denda dua tiga ribu. Kalau pelacur itu warga asing, paling dikenakan denda di bawah imigresen menyalahgunakan visa. Hukumannya kena hantar balik ke negara asal mereka. Begitu juga dengan pengusaha rumah pelacuran, paling dikenakan kompaun beberapa ribu. Pelanggannya pula paling-paling di ambil kenyataan.

Pihak yang menyimpan dan mengedarkan rakaman itu juga boleh dikenakan denda kompaun, tapi tak adalah sampai kena masuk penjara. Pengedar VCD lucah kat Uptown pun tak ada sampai kena masuk lokap atau penjara. Paling VCD kena rampas, mereka didenda dengan beberapa ribu. Kalau dah bayar denda boleh balik. Esok malam boleh berniaga lagi.

Jadi kalau setakat rakaman menunjukan wajah macam Anwar tu, buat apa nak dirisaukan. Rakaman video itu tidak boleh mengheret Anwar masuk lokap pun walaupun disahkan videonya tulen dan pelakunya juga tulen. Tapi kes yang boleh mengheret Anwar masuk Sungai Buloh ialah kes liwat ke atas Saiful Bukhari. Itu sebetulnya lebih ditakutkan Anwar.

Cuma apa yang boleh dilakukan ialah dakwaan di bawah undang-undang syariah sebab ada hukum orang yang berzina termasuk dengan pelacur. Tapi undang-undang syariah ni kalau tak cukup saksi 4 orang dewasa yang tidak fasik dan tak nampak ada proses tusukan, tidak boleh buat dakwaan. Wallahua'lam... kena tanya orang belajar syariah. Itu sebab Sam Ketot repot jabatan agama atas dakwaan qazaf terhadap Datuk T.

Kalau undang-undang hudud tak pastilah sejauh mana syarat dan peraturannya. Setahu aku hukum mereka yang berzina ialah rejam sampai mati. Bab ini kena tanya Tok Gurulah sebab dia lagi bijak pandai. Atau mungkin Tok Guru boleh doakan supaya Allah ampunkan dosa pelakunya.

Psst... nak tanya jabatan agama, kalau lafaz cerai menerusi SMS diterima dan jatuh talak apakah rakaman video tidak boleh diterima sebagai bahan bukti/saksi?

Share this

2 Responses to "Jangan risau... polis tak boleh buat apa-apa..."

  1. Kena buat fatwa 4 kamera CCTV sama taraf dengan 4 saksi ...

    ReplyDelete
  2. Situasi dan keadaan termasuk zaman harus diambil kira...Apakah relevansi 4 saksi dengan mata lensa yang tajam ..disaksikan lebih dari empat orang..

    Allah gunakankan akal utk apa kalau perkara2 sedemikian masih jadi persoalam..

    Cam kat lu sms pun di iktiraf..apa lagi yang jelas dan terang , dalam hal nie buka sekadar bisik2 aje nah dipertontonkan juga..

    Heran gua tengok komen beberapa mufti semalam..Fatwa yang sewenang2 mereka hamburkan tidak lak meragukan mereka.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.