08 April 2011

Kisah gadis kaunter dan bir....

Semalam dalam pukul 10 malam, aku ke salah sebuah pasar raya besar untuk berbelanja barang dapur. Biasanya aku bawak isteri dan anak-anak setiap kali berbelanja tetapi sejak beberapa bulan ini aku terpaksa pergi bersendirian atau ditemani anak-anak lantaran isteri yang begitu sibuk. Tak apa, tak ada masalah... aku amat memahaminya.

Tapi bukan itu yang aku nak tulis di sini sebenarnya. Apa yang aku nak ceritakan ialah kisah seorang gadis kaunter di pasar raya besar tersebut. Orangnya masih muda dalam usia awal 20-an, berkulit agak gelap, kurus, bertudung hitam dan berbaju T-shirt tempat dia bekerja. Ketika untuk membayar barang perbelanjaan aku, aku memasuki kaunter gadis ini.

Di depan aku ada dua orang remaja lelaki aku yakin dan percaya adalah Melayu dan beragama Islam. Aku agak dalam usia 15 hingga 17 tahun. Nak tahu apa yang remaja ini beli? Beberapa tin minuman keras. Mula-mula aku tak perasan apa budak-budak sekolah ini beli tetapi bila gadis kaunter ini kecoh mencari seseorang untuk imbas bar kod harga pada tin minuman tersebut.

Rupanya gadis ini tidak mahu memegang tin berkenaan kerana ia adalah minuman keras. Lalu dipanggil seorang pengawal keselamatan berbangsa Cina tapi pengawal tersebut enggan membantu. Akhirnya gadis ini akur dan dia memegang tin minuman berkenaan beralaskan kain lap di kaunter tersebut. Aku tersenyum dengan telingkah gadis ini... "Baiknya dia..." bisik dalam hati aku.

Tapi bila aku tengok pembeli bir tersebut adalah dua remaja Melayu beragama Islam, aku mengucap panjang. Apa nak jadi dengan remaja kita sekarang....

Lalu aku teringat dulu kisah penjualan minuman keras secara terbuka di kedai-kedai 24 jam yang bertebaran di ceruk taman perumahan dan kampung seluruh negara. Kenapa kerajaan tak haramkan penjualan minuman keras di kedai 7Eleven dan hanya benarkan di restoran bukan Islam?

Alangkah mudahnya remaja kita membeli bir tanpa rasa segan, malu apatah lagi takut. Bayangkan...

Tertanya-tanya aku... berapa ramai berpekerti seperti gadis kaunter tersebut dan berapa ramai pula remaja-remaja kita yang menogak bir? Aku tak ada jawapan!

Lalu soalan aku nak tuju kepada JAIS (kalau tak salah) yang mengharamkan orang Islam bekerja di bar-bar, kelab malam yang menjual arak secara terbuka. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di 7Eleven, pasar-pasar raya dan lain-lain premis yang turut menjual arak?

Baca juga: Hentikan penjualan arak di 7Eleven

Share this

1 Response to "Kisah gadis kaunter dan bir...."

  1. kalau di giant, ada kaunter khas untuk bayar minuman keras atau tin makanan2 non-halal dan non-muslim yang jaga..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.