21 April 2011

Lagi dasar DAP buat peniaga Melayu menangis... (Updated!)

Kesian peniaga warung makanan di sekitar DUN Teratai, Selangor. Sejak beberapa bulan lalu mereka telah dilarang untuk menjalankan perniagaan sehingga awal pagi dan sebaliknya hanya boleh menjalankan perniagaan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja. Ia atas arahan ADUN Teratai, Jenice Lee.

Itulah keluhan seorang peniaga tom yam di kawasan DUN tersebut kepada aku malam tadi. Katanya, sejak wakil rakyat DAP itu memerintah, arahan telah dikeluarkan supaya menutup perniagaan mereka 12 tengah malam, berbanding sehingga pukul 3 pagi sebelum ini.

Akibat arahan itu, peniaga terbabit mengaku mengalami kerugian dan kehilangan pelanggan. Ini kerana sebelum ini beliau menjalankan perniagaan dari pukul 6 petang sehingga 3 pagi tetapi selepas dipendekkan kepada 12 malam, separuh pendapatannya telah berkurangan.

Katanya, sebelum ini biasanya pelanggan akan memenuhi warung tersebut selepas pukul 12 malam untuk menikmati hidangan masakan panas yang disediakan tetapi sejak warung itu ditutup awal, kini jumlah pelanggannya juga telah merosot teruk.

Apa yang pelik katanya, arahan tersebut hanya terhadap sesetengah warung sahaja sebaliknya ada warung-warung lain di kawasan DUN yang sama boleh pula menjalankan perniagaan mereka sehingga awal pagi.  Peraturan tersebut katanya seolah-olah dikenakan ke atas warung terpilih sahaja.

Sebelum aku balik selepas membayar makanan yang aku pesan, sempat peniaga tersebut dengan nada sinis menyeru orang ramai supaya terus mengundi Jenice atau DAP pada pilihan raya akan datang supaya lebih banyak lagi "tekanan" diberikan terhadap peniaga-peniaga kecil bumiputera sepertinya.

MTB: Simpati nasib mereka... nak buat macam mana dah rakyat DUN Teratai juga yang pilih....

Baca versi ciplak di sini...!

Share this

6 Responses to "Lagi dasar DAP buat peniaga Melayu menangis... (Updated!)"

  1. yeah mnereka sendiri yang pilih...

    ReplyDelete
  2. Bro, apalah lu ni.. Gua baca link artikel yang lu kata ciplak tu dan gua tengok dia tak adalah bohong apapun.

    Spy tu anggap lu adalah sahabat dia dan lu yang sampaikan cerita lu tu pada dia. Dia tak kata pun dia yang pergi kat tempat tu.

    Betullah tu kan. Lu buat entry dalam blog ni untuk orang lain baca beb.. dan lepas tu orang yang baca tu akan kongsikan dengan orang lain pulak dalam blog dia.

    Jadi semua dapat tahu kecelakaan DAP bila saling sebar menyebar. Itu pun lu nak bising ke bro? Macam budak-budak lah lu ni...

    Artikel gua selalu jugak orang ambik tanpa pengetahuan gua. Utusan pun ambik jugak tanpa royalti.., tapi gua tak meroyanlah macam lu..


    Lainkali, kalau lu takmau orang baca dan kongsi lu punya cerita, baik lu buat blog persendirian je beb... Lu sendiri tulis, dan lu sendiri baca.

    Satu nasihat untuk lu, lepas ni jangan lupa tulis besar2 dalam blog lu "DILARANG CILOK". Ada faham? Hahahahahaha....

    ReplyDelete
  3. Bro.. aku tak kisah kalau blogger lain nak ambik entri aku masukkan dalam blog diorang (istilah ko CILOK) dan selalu sangat dah mcm tu aku tak kisah. Aku pun pernah jugak ambik entri orang lain tapi dalam hal ini, dia mengolahnya semula ikut suka duat dan tidak memberikan kredit kepada sumbernya. Masalahnya ada beberapa hal yang ditokok tambah. Ini aku namakan CIPLAK a.k. PLAGIAT.
    Kalau dalam surat khabar terang2 dua tulis nama blog ko, atau nama ko... Kena bertanggungjawablah beb!
    Kalau ada apa2 hal (kena saman ke) siapa yang nak tanggung?

    ReplyDelete
  4. tambah lagi sikit... Bagi aku simple jeh, korang nak CILOK tulisan aku tak kisah, tapi bagitaulah sumbernya dari mana (kreditlah sikit).

    ReplyDelete
  5. So, semua ni sebab kreditlah yee.. Hahahahaha... Lu hentam DAP pun nak kredit ke? Susahlah macam tu bro...

    Gua bukan nak defend spy tu, tapi cara lu meroyan dah macam budak buat blog cinta beb. spy tu olah cerita dan tambah bagi pembaca dia senang faham. Mungkin sebab tu dia tak letak link blog lu pasal tak sama dengan cerita asal. Itu pun lu susah nak tangkap ke beb?

    Bagi gua, apa yang gua tulis dalam blog gua adalah untuk pengetahuan semua. Lagi banyak orang sukarela nak sebarkan, lagi lah gua suka..tak letak kredit pun takpa sebab gua bukan menulis kerana nama beb...

    Jadi, gua hormatlah pandangan lu yang pentingkan kredit tu. Lepas ni gua tahulah lu ni jenis blogger yang macam mana. Yelah kann...kredit tu adalah segalanya.. Hahahahahaha...

    ReplyDelete
  6. Apa salahnya? Aku cuma minta kredit bukan mintak KAD KREDIT, mintak duit atau projek macam sesetengah bloggers tu. Aku cuma nak supaya orang tahu bahawa itu adalah sumber dari blog aku... susah sangat ke?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.