26 April 2011

Melayu sayangkan Utusan... ya ke?

Ramai Melayu pertahan Utusan tetapi berapa ramai yang sanggup keluar RM1.50 sehari untuk beli Utusan?
Heboh satu negara apabila ramai orang Melayu bangkit mempertahankan akhbar berbahasa Melayu tertua, Utusan Malaysia daripada "serangan" puak-puak yang tidak senang dengan akhbar tersebut yang terus memperjuangkan bangsa Melayu. (Baca asal-usul Utusan di sini!)

Idea  "1Melayu, 1Bumi" yang dicetuskan oleh seorang pengarang kanan surat khabar itu nampaknya menimbulkan kemarahan parti politik Cina termasuk MCA. MCA telah cetuskan cadangan agar Utusan diboikot kerana konon cetuskan idea yang boleh gugat gagasan 1Malaysia. Maknanya MCA kini dah senada dengan DAP dan PKR yang dah lama boikot Utusan. Kenapa MCA marah sangat aku pun tak tahu sebab setahu aku idea Zaini Hassan ini hanya mahu menyatu Melayu... Itu saja.

Bila lihat ramai orang Melayu yang duk berdemo sekeliling negara menjulang poster dan spanduk mempertahankan akhbar Utusan, sebenarnya tidaklah mengembirakan sangat bagi sahabat-sahabat aku di Utusan sebabnya orang Melayu ni cakap saja sayangkan Utusan, tapi mereka tak membantu pun dari segi meningkatkan jualan akhbar tersebut, apatah lagi mahu menyumbang segi pengiklanan.

Sahabat-sahabat aku di Utusan sudah lama mengeluh melihat jualan Utusan yang semakin merosot dari hari ke hari. Kata akhbar lidah rasmi UMNO tetapi jualan harian tak sampai 150,000 naskhah sedangkan ahli UMNO ada 3.1 juta orang. Berapa peratus Melayu UMNO beli Utusan (beli ya bukan baca...!).

Jadi sahabat-sahabat aku kat Utusan tu kata tak usahlah orang Melayu nak tunjuk sokongan kepada Utusan sedangkan mereka tak beli pun Utusan. Semua harapkan baca free. Kalau mereka sayangkan Utusan, sudah tentu perkara pertama mereka lakukan ialah membeli akhbar yang disayangi mereka itu setiap hari. Bukannya baca bila ada orang hulur sumbangan surat khabar free atau baca akhbar di pejabat (yang dibeli senakhah tapi dibaca ratusan orang) atau lebih mudah baca versi online saja.

Ini berbeza dengan orang Cina. Walaupun dia tak adalah nak melalak-lalak nak pertahankan surat khabar Cina tetapi mereka sangat menyanjung tinggi akhbar mereka. Hari-hari mereka akan beli akhbar Cina. Tidak hairan surat khabar Cina seperti China Press, Nanyang Sian Paw, Daily Express (itu saja aku tahu) lebih tinggi jualannya berbanding surat khabar Melayu, apatah lagi Utusan.
 
Jadi pesan sahabat-sahabat aku kat Utusan sana, kalau benar orang Melayu sayangkan Utusan, tolonglah beli akhbar itu yang hanya RM1.50 setiap hari dan Mingguan Malaysia RM2.00 seminggu. Sebab kalau orang Melayu sendiri tak beli Utusan, siapa lagi? Mereka bimbang suatu hari nanti nasib Utusan akan jadi macam akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu yang kini bernafas atas talian hayat yang diberikan kerajaan.

Sebab apa? Sebab orang Melayu sendiri dah tak mahu beli Utusan Melayu! Begitulah nasib Utusan Malaysia suatu hari nanti apabila orang Melayu lebih seronok baca cerita-cerita lucah, 18SX, cerita sensasi tapi belum pasti seperti mana yang diutarakan dalam akhbar-akhbar tabloit masa kini.

Cadangan aku, UMNO patut gerakkan "1 AHLI UMNO 1 UTUSAN" jika benar Utusan akhbar milik UMNO dan jika benar orang Melayu sayangkan Utusan... Macam mana Mat Mazlan?

Share this

11 Responses to "Melayu sayangkan Utusan... ya ke?"

  1. Tuan...
    Saya berpendapat, perlu ada sedikit perubahan pada format penyediaan bahan berita, mungkin ada lagi perkara yang lain-lain.. Waallahhualam....

    ReplyDelete
  2. melayu bersatu adalah perkara yang paling ditakuti oleh bangsa laen.. melayu sangat kuat bila bersatu..

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu sayangkan utusan, dia tumpang baca.

    Orang melayu beli metro, orang Melayu minat cerita hantu, merapu, rogol, sihir, bomoh hiburan dan sukan.

    Utusan kena tingkatkan isi, selera remaja, selera peniaga.

    ReplyDelete
  4. Utusan sebenarnya selalu kehabisan awal, dan ada kemungkinan ini disengajakan oleh pihak pembekal supaya pembaca terpaksaa membeli yang lain.

    Perkara ini harus Utusan buat kajian dan siasatan, bimbang ada sabotaj.

    ReplyDelete
  5. Setuju ngan pendapat kluangman. org melayu cenderung ke arah akhbar tabloid.yang muka depan (Bunuh..rogol..lacur..seks)..pelik2..

    ReplyDelete
  6. Kluangman kata Utusan kena tingkatkan isi, selera remaja, selera peniaga.

    Tapi bila Utusan main berita video seks, satu Malaya duk gelar "Utuseks Malaysia" tapi bila paper no. 1 negara tulis cerita seks... tak ada pulak org kita kutuk. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  7. org cina mmg rajin bli paper bahse dorg.. tp bkn yg saiz bsr cam utusan tu.. dorg ske yg saiz tabloid punyer.. smela cam org melayu suke bli kosmo, metro ngn berita harian.. sbb saiznyer kecik.. sng baca dlm bas, lrt & kreta.. utusan kne bwt mcm berita publishing kcik kn saiz berita harian mcm metro supaya jd pilihan.. itu jer yg boleh dlakukan..

    ReplyDelete
  8. Shacklesmith.. kau pernah tengok surat khabar Cina tak? Setahu aku kebanyakannya saiz besar... Ada ke surat khabar Cina saiz tabloit?

    Berita Harian saiz tabloit tapi masih kalah dengan Utusan yang bersaiz besar.

    So, moralnya: Size is doesn't matter!

    ReplyDelete
  9. Ape susah.,Berita Harian,Kosmo,Metro,Star,Sinar kan ade..,,ye dak.,,utusan tak payah tingkatkan isi, selera remaja, selera peniaga dan lain2.,,bair utusan mcm tu je utk golongan dewasa dan org tua..,,siarkan banyak2 berita politik,isu semasa negara dan agama..,,

    ReplyDelete
  10. mudah je.. berhentilah utusan Melayu jadi pengampu tak tentu hala.. usah diperbodohkan rakyat dengan berita yang berat sebelah. Aku teringat dekat BTN dulu, pegawai BTN selalu nak cakap yang sumber berita/ info daripada kerjaan mesti lah betul dan adil. Perg kitorang ramai2 kutuk pegawai BTN tu (selambe je)... Sekarang orang makin pandai, tahu dah menilai dari sudut akademik dan secara objektif.

    Bila orang makin pandai, dia dah tak baca berita-berita mengampu tak tentu hala ni. Aku suka bahagian-bahagian tertentu dalam Utusan (mcm sastera, sains, teknologi), tetapi berbaloi ke aku beli kalau in the end aku end up support pengampu dan pencacai.. bagi tak kan beli utusan,

    Aku rela beli The Star atau Sinar, kemudian Metro.. yang lain2 nasib la

    ReplyDelete
  11. Kita tak sepatutnya suruh orang beli Utusan ada dasar kesian atau mahu menyelamatkan Utusan.

    Utusan perlu berubah. Baik dari segi saiz mahupun isi kandungan.

    Ramai orang membeli The Star kerana mereka memikirkan ianya 'value for money'. Tebal tapi harga hanya RM1.20.

    Mengapa Utusan enggan berubah? Selain ruangan politik, cerita-cerita lain amatlah membosankan. Siapa mahu baca tentang tentera? Tentang pertanian?

    Sepatutnya Utusan turut melaporkan tentang aduan rakyat, pendidikan, isu dan trend semasa (bukan tentang politik dan dasar-dasar semasa sahaja) dan banyak lagi. Cuba lihat The Star. Sisipan mereka menarik.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.