04 April 2011

Pakatan haram berkecai di Sarawak... lu lu... gua gua!

TERKINI (4/4/2011: 3.24PM)
Azmin Ali umum  47 nama calon PKR yang akan bertanding di 49 kerusi di Sarawak. Baru Bian sah bertanding di Ba'kelalan. Jadi, jumlah kerusi pembangkang ialah PKR 49, SNAP 29, DAP 15... total: 83. Jumlah kerusi dipertanding 71. Macam mana tu? Hemm...


POS ASAL:
Nampaknya bukti kerapuhan pakatan haram zadah yang mengeksploitasi istilah rakyat jelas ketara di Sarawak. Buktinya PKR khususnya Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi pakatan haram zadah itu sehingga kini gagal "menakluki" hati SNAP dalam soal pembahagian kerusi pembangkang. Manakala DAP pula buat hal sendiri dalam soal pencalonan.

Ketika Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon-calon bagi parti-parti komponennya di Sarawak secara bersama tetapi nyata pakatan haram zadah berkonsepkan lu lu, gua gua. Buktinya DAP membuat pengumuman sendiri calon-calon yang akan bertanding bagi parti itu oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Sebanyak 15 kerusi akan dipertandingkan oleh DAP di Sarawak kali ini.

Manakala SNAP pula telah awal-awal lagi mengumumkan untuk meletakkan 27 kerusi atau lebih, yang sekali gus membangkitkan kemarahan Anwar terhadap parti tempatan itu sehingga menuduh SNAP mendapat "suntikan kewangan" daripada BN. Ini kerana PKR Sarawak telah memasang hasrat untuk mendominasi pencalonan bagi kerusi pembangkang di Sarawak iaitu lebih 40 kerusi.

Dan pertelingkahan ini masih berterusan dan tiada kesudahannya menyebabkan PKR bertindak akan tetap meletakkan calonnya walaupun terpaksa berdepan dengan "rakan sebantalnya" SNAP selain BN. Huh... Angkuh dan tamaknya PKR, parti yang dapat dari Semenanjung ini sehinggakan parti tempatan dihentak-hentak.

Krisis yang berlaku dalam pakatan haram zadah dalam soal meletakkan calon ini sudah membuktikan betapa rapuhnya hubungan antara mereka. Jauh sekali berbanding BN yang pengagihan kerusi berjalan lancar tanpa sebarang sengketa.

Wahai orang Sarawak. Fikirlah... Takkan parti yang tamak-haloba macam PKR ini mahu dipilih sebagai kerajaan kalian. Itu baru soal pengagihan calon. Kalau dah menang nanti ketamakan dan kehalobaannya sudah pasti lebih ketara apabila melihat banyak tanah-tanah yang boleh dijarah dan boleh dijadikan harta kekayaan. Mata naik berpinar yeop!

Share this

0 Comment to "Pakatan haram berkecai di Sarawak... lu lu... gua gua!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.