16 April 2011

Sarawak: BN menang mudah, SUPP kalah teruk (Updated!)

TERKINI (UPDATED!)
Nampaknya BN memperoleh kemenangan mudah kali ini, tetapi SUPP kalah teruk. Nampaknya sokongan kaum Cina terhadap SUPP merosot. Daripada 19 kerusi yang ditandingi SUPP, mereka hanya menang di 5 kerusi (setakat ini) malah Presidennya sendiri, George Chan pun kalah. Apakah ini petanda bahawa BN makin hilang sokongan daripada pengundi Cina di Sarawak? Fikir-fikirkanlah...!

BN = 55
DAP = 12
PKR = 3
Bebas = 1
Jumlah = 71/71

POS ASAL:
Pusat pembuangan undi di seluruh 1,700 lebih dah ditutup kira-kira sejam lalu dan kini proses pengiraan undi sedang rancak di kesemua pusat pembuangan undi. Manakala peti-peti undi yang sudah dikira akan diangkut ke Kuching, Sibu dan Miri untuk proses penjumlahan.

Walaupun begitu perang saraf antara parti yang bertanding semakin rancak apabila masing-masing mendakwa mendapat kemenangan. Pembangkang awal-awal dah umum mereka menang pilihan raya kali ini manakala pihak kerajaan pula menunggu keputusan rasmi SPR, tapi blog, twitter dan FB dah tersebar tentang berapa kerusi pembangkang menang dan berapa kerusi BN menang.

Pergh... cukup mendebarkan bila melihat angka-angka kemenangan pihak pembangkang setakat ini walaupun ia belum rasmi dan hanya bersandarkan perkiraan di pusat membuang undi. Keputusan yang tersebar di FB, blog dan Twitter ini belum boleh diterima pakai, tapi berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau tak tepat pun ada sipi-sipi.

Jangan kalau ada suara-suara kata pembangkang dah menang 15 kerusi termasuk di Be'kalalan manakala BN pula dilaporkan menang 51 kerusi, sebetulnya ia memang mendebarkan. Tak nak percaya tapi kena juga ambil kira walaupun ia belum rasmi.

Apa pun aku memang berdebar tunggu keputusan pilihan raya kali ini. BN boleh menang tapi kemungkinan pembangkang juga boleh menang lebih banyak kerusi. Itu perasaan aku selama ini... dan melihat angka-angka yang dikeluarkan di blog, FB dan Twitter... memang cukup risau!

Aku sudah membayangkan bahawa pengundi Cina terutama di Kuching, Miri dan Sibu akan memberikan undi mereka kepada DAP atau PKR (Cina) walaupun kerajaan sudah banyak tabur wang kepada mereka terutama untuk sekolah Cina. Sentimen sokongan Cina kepada DAP bukan pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi juga pada pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk di Sibu.

Dan faktor utama kaum Cina menyokong DAP ialah kerana mereka yakin kalau pembangkang menang di Sarawak, mereka boleh menghantar seorang wakilnya sebagai Ketua Menteri, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Tambahan pula mereka sudah lama menyampah dengan Taib Mahmud yang kuasai projek-projek besar dan kecil di Sarawak.

Mereka tahu hanya kemenangan pembangkang sahaja yang boleh meletakkan seorang kaum Cina sebagai Ketua Menteri walaupun BN selama ini meletakkan wakil Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri tapi mereka tak puas hati. Mereka mahu Cina jadi Ketua Menteri, sepertimana Violet Yong dakwa, kalau orang Melanau yang minoriti pun boleh jadi Ketua Menteri, tidak mustahil Cina juga boleh menduduki kerusi itu andai DAP menang.

Itulah sentimen kaum Cina terhadap pembangkang khususnya DAP sejak PRU-12 dulu. Mereka telah berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang, dan hampir menjadi Menteri Besar di Perak, jadi tidak mustahil lebih banyak negeri dapat dikuasai mereka terutama Sarawak dan Sabah.

Share this

0 Comment to "Sarawak: BN menang mudah, SUPP kalah teruk (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.