23 April 2011

Tahniah Fuziah... Isu Lynas dapat perhatian

Aku nak ucap tahniah kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebab berjaya membawa isu pembinaan loji Lynas ke depan sehingga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Menteri jaga MITI dan MB Pahang sendiri. Macam nilah yang rakyat nak dari seorang wakilnya iaitu bersuara untuk kepentingan rakyat.

Wakakaka... mesti ramai blogger UMNO marah aku sebab puji Fuziah.

Ketepikan dahulu soal sama ada masalah radiasi dari kilang Lynas itu betul-betul boleh berlaku atau sekadar disensasikan oleh Fuziah. Sebab aku nak nyatakan bahawa inilah wakil rakyat seperti inilah yang dimahukan oleh rakyat tak kira mereka dari pembangkang atau kerajaan, iaitu memperjuangkan isu-isu rakyat di kawasan masing-masing.

Bukan jenis menjadi pembangkang yang jenis melalak tak tentu hala semata-mata nak pertahan pemimpin sendiri yang rosak moralnya atau berjuang untuk individu tertentu. Inilah yang berlaku sekarang apabila ahli-ahli politik pembangkang menggunakan Sidang DUN dan Parlimen untuk mempertahankan pemimpin mereka sehingga mengabaikan kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.

Sedangkan tugas mereka ialah membawa isu-isu rakyat di kawasan masing-masing untuk dibahas dan diperjuangkan agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan hari Fuziah telah memberikan contoh yang baik apabila mempejuangkan isu Lynas sehingga mendapat perhatian PM yang akan memanggil pakar-pakar bagi mengkaji sama ada dakwaan Fuziah dan rakyat Kuantan khususnya Gebeng itu betul atau sebaliknya.

Tapi malang jarang sekali kita memiliki wakil rakyat seperti ini terutama di pihak pembangkang dan Fuziah sendiri pun bukan selalu mempunyai peluang seperti ini. Aku ingat bagaimana Lee Lam Thye dulu ketika jadi wakil wakyat Bukit Bintang di bawah DAP, setiap saat dan setiap masa dia bekerja untuk rakyat. Aku difahamkan Lee Lam Thye mempunyai sebuah mesin taip di dalam keretanya agar apa sahaja keluhan rakyat dapat disampaikan ke pihak berkenaan dengan segera.

Sebab itulah selepas beliau bersara, khidmat Lee terus dimanfaatkan sehingga beliau mengepalai pelbagai NGO yang kesemuanya demi kepentingan rakyat, walaupun dia dahulu adalah seorang pemimpin pembangkang. Begitu juga beberapa lagi wakil rakyat lain.

Kepada pemimpin pembangkang khususnya di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor yang menjadi kerajaan di negeri terbabit, jangan pula apabila isu-isu serupa (rakyat) yang diperjuang oleh  UMNO/BN kalian mengabaikannya kerana PM telah berikan tauladan yang baik iaitu menerima pandangan semua pihak, termasuk pembangkang.

Share this

1 Response to "Tahniah Fuziah... Isu Lynas dapat perhatian"

  1. yup bro...tak kira la umno ke dap ke pas ke...ni isu yg rakyat dah bersuara....jgn dok buat pekak telinga jer laa...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.