01 April 2011

Tulen bang... Auw!

Sah tulen! Bukan tipu, bukan super-impose, bukan plastik.... Pakar yang dilantik polis kata video tu memang tulen. Tak ada kesan khas komputer atau CGI macam Hikayat Merong Mahawangsa. Bukan rakaman dalam studio berlatar belakang hijau... Tak ada. Memang sah video tu tulen dari rakaman sebuah bilik hotel.

Cuma sekarang ramai nak tahu jantan dalam visual tu tulen ke palsu, jantan sejati atau bapok, ori ke plastik.Cisss... IGP pun satu hal. Takkan bagi tahu yang video tu je yang tulen. Ramai yang nak tahu status jantan dalam visual itu yang katanya mirip Anwar tetapi perut lebih buncit. Tulen ke yang dalam rakaman itu Anwar atau plastik, pakai topeng macam Saiful Apek pakai topeng cicak.

Polis pun tak cakap amoi yang dalam rakaman tu dah dicekop atau belum. Kalau dah kena cekop elok bawak dia buat kawat cam. Taruklah Anwar kat situ, Eskay pun sebab orang Pas kata muka Eskay sebijik macam Anwar atau lain-lain mamat macam Anwar. Agak-agak amoi ni boleh cam tak yang mana mamat yang berasmaradana dengan dia. Hemmm... Nak ke Anwar hadir buat kawat cam?

Tapi bila IGP kata video tu tulen, ramailah juak-juak Pas yang duk cari salah Ismail Omar dan ada yang duk kaitkan dia sebagai penyokong kuat UMNO dan ada yang nak kata dia sebagai "anjing kerajaan". Tapi puak-puak ni tak faham. Yang kata video ni tulen ialah pakar yang dilantik pihak polis dan Ismail cuma maklum kepada media selepas dapat laporan daripada pakar berkenaan.

Lepas tu ada pulak yang nak cari tahu siapa pakar yang dilantik polis dan kemudian mengesahkan ketulenan video tu. Hehe.... Polis tak akan beritahu siapa pakar tersebut. Kalau bagitahu nanti puak-puak ini akan cari salah pakar tersebut... Orang UMNO-lah, ada kepentingan nakkan projek bajalah, itulah... inilah..! Tapi bila Tian Chua buat super-impose bodoh Najib dengan Altantuya, boleh pulak puak-puak yang sama ini percaya 100 peratus.

Gitulah mike....
 
Pssstt.... Pilihan raya kecil Lenggeng ke? Ish.... Tak habis-habis.....

Share this

1 Response to "Tulen bang... Auw!"

  1. Tima kasih Abdullah Halim atas ralat. Dah betulkan... Memang Lenggeng tapi salah taip je!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.