17 April 2011

Ulasan PRN Sarawak: PRU-13 perlukan masa

Macam-macam dah Najib buat dan beri untuk ambil hati orang Cina tapi belum ada tanda-tanda mereka beri sokongan kepada BN. Apa yang mereka nak sebenarnya?
Barisan Nasional baru sahaja mendapat mandat sekali lagi dari rakyat Sarawak untuk membentuk kerajaan dan memerintah di negeri itu selepas menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Di atas kertas memang BN boleh bergembira dengan kemenangan tersebut tetapi kalau diamati keseluruhannya, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan BN.

Salah satu yang paling ketara ialah kekalahan teruk SUPP, iaitu parti yang mewakili kaum Cina apabila hanya memenangi enam daripada 19 kerusi yang ditandingi mereka dengan empat kerusi dimenangi di kawasan pengundi bumiputera. Hampir seluruh kerusi SUPP ditewaskan oleh DAP terutama di kawasan-kawasan bandar di Kuching, Sibu dan Miri. Malahan kekalahan Presidennya, George Chan juga seolah-olah mereka menghantar "amaran" kepada BN bahawa kaum Cina kini masih menolak BN.

Sentimen sokongan kaum Cina terhadap pembangkang bukan sahaja dapat dirasai pada pilihan raya Sarawak kali ini tetapi juga dalam pilihan-pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU-12 lalu, termasuk PRK Parlimen Sibu yang menyaksikan DAP merampas kerusi tersebut dari BN (SUPP).  Malahan kemenangan DAP di 11 daripada 15 kerusi yang ditandingi kali ini jelas menunjukkan bahawa BN semakin ditolak oleh kaum Cina.

Walaupun ada di kalangan pengkritik politik menyalahkan TS Taib Mahmud yang terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri dan "kerakusan" beliau anak beranak yang menyapu kebanyakan projek di Sarawak menjadi punca utama kaum Cina menolak BN/SUPP, tetapi alasan tersebut bukannya penyebab utama memandangkan pada PRU-12 lalu juga menyaksikan kaum Cina banyak memberi undi kepada DAP sehingga mereka boleh memerintah Pulau Pinang dan Perak.

Maknanya, ada sesuatu yang lain yang menjadi penyebab kaum Cina masih menolak kerajaan BN walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan BN diketuai oleh Najib untuk mengambil semula hati pengundi Cina termasuk menyalurkan wang berjuta-juta ringgit kepada sekolah Cina, membangunkan pelbagai projek komersial di kawasan bandar yang dikuasai mereka namun nyata ia masih tidak dapat memenangi hati mereka.

Sebut saja apa sahaja yang diminta oleh kaum Cina tidak diberikan oleh kerajaan sehinggakan kadang kala ramai kaum Melayu melihat kerajaan lebih mengutamakan kaum Cina berbanding kaum Melayu, yang juga majoriti pengundi BN selama ini. Tetapi kerajaan tidak pernah mahu membelakangkang kaum Cina dan India dan sebab itulah semua kemahuan mereka dipenuhi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi di Sarawak? Lalu aku bertanya, apa lagi yang mereka mahukan?

Oleh sebab itulah aku merasakan bahawa kerajaan khususnya Najib perlu mengambil masa lebih lama untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi PRU-13 sehinggalah sokongan kaum Cina kembali semula kepada BN, kalau tidak semua sekurang-kurangnya 30 peratus. Betul, kemenangan BN untuk membentuk kerajaan Pusat bukan bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina tetapi dalam keadaan pengundi Melayu yang berbelah bahagi antara BN, PKR dan Pas sudah pasti PRU-13, jika dilaksanakan lebih awal akan menyebabkan BN dalam keadaan getir.

Jika BN mahu melihat parti itu terus berkuasa pada PRU-13 ini, MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain parti yang mewakili kaum Cina perlu berubah dan bekerja kuat untuk menarik hati pengundi. Aku tahu parti-parti mewakili kaum Cina dalam BN sering mengambil sikap "biarkan" atau menyokong secara diam-diam jika ada isu-isu yang diperjuangkan DAP yang menyebelahi kepentingan kaum mereka. Misalnya isu SJKC, penjualan arak dan loteri dan lain-lain. Ini menyebabkan orang Cina melihat mereka perlu bergantung kepada DAP jika mahu memperoleh hak mereka, dan bukannya MCA atau Gerakan.

Begitu juga kaum India apabila parti-parti mewakili kaum India dalam BN mengambil sikap menyokong (kalau tidak secara langsung, mungkin dari belakang) apabila ada parti-parti pembangkang atau NGO India yang mengemukakan isu-isu yang berkaitan kaum mereka. Contoh novel Interlok di mana MIC dilihat senada dengan perjuangan pembangkang dan NGO India.

Ini berbeza dengan sikap Pas yang bukan sahaja tidak menyokong isu-isu Melayu dan Islam yang diperjuangkan oleh UMNO, malah mereka bersikap mencemuh, memperlekeh atau menentangnya. Sebagai contoh isu raja-raja Melayu. UMNO terus menerus berusaha mempertahankannya tetapi diperlekeh dan dicemuh oleh Pas. Ini menyebabkan kaum bukan Melayu melihat bahawa orang Melayu sendiri tidak sehaluan dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri.

Atas sebab itulah orang Melayu terus menerus diperlekeh dan dipersoalkan oleh kaum bukan Melayu dalam banyak hal termasuk berkaitan hal ehwal agama Islam.

Kepada Najib, jika berhasrat untuk bubarkan Parlimen akhir tahun ini, aku rasakan lebih elok ditangguhkan dahulu jika bersandarkan kepada keputusan pilihan raya Sarawak ini. Tangguh sehingga sokongan kaum Cina dilihat sudah benar-benar kembali ke pangkuan BN.

Share this

1 Response to "Ulasan PRN Sarawak: PRU-13 perlukan masa"

  1. Jangan berlembut lagi
    Jangan beri muka lagi
    Jangan dipujuk lagi
    Jsngan diumpan janji lagi
    Jangan didengar suaranya lagi.

    Pimpinan kita tidak pernah jemu meyakinkan mereka sehingga memberikan pelbagai imbuhan mengalahkan kaum peribumi sendiri semata2 mahukan sokongan dan undi mereka namun kita secara berterusan ditipu dan ditikam dari belakang.

    Biar apa kata mereka nanti bila kita sedikit meminggirkan kaum ini kerana segala tindak tanduk mereka telahpun dinota sejarahkan selama ini dan biarkan mereka menyemak dan mentelaah sejarah tersebut.

    Mulakanlah dari sekarang! Kaum peribumi dan yang sewaktu dengannya harus diberi tumpuan sepenuhnya selepas ini.

    Kepada pimpinan kita,bukalah mata luas2.Berapa ratus juta yang telah anda taburkan untuk mereka ibarat mencurah garam di laut.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.