04 April 2011

Ustaz Pas kaki pukul.... belasah pelajar sampai mati

Kes pelajar 7 tahun yang kena belasah oleh warden asrama rupa-rupanya kes itu berlaku di sebuah sekolah agama milik Pas. Wahh... ustaz Pas rupanya pengganas dan kaki buli jugak. Aku ingat ustaz-ustaz Pas lebai ini penyabar dan baik budi pekerti rupanya kaki buli budak.

Baca kes budak kena belasah dik ustaz Pas dua jam sampai pengsan kemudian meninggal dunia semalam di sini...

Murid meninggal dipukul guru asrama

ALOR SETAR 3 April — Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt. Nashir Ya berkata, suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Selanjutnya baca di sini...!!

Rupanya orang Pas bukan saja kaki seks, kaki fitnah, kaki auta tapi juga kaki pukul... Complete sudah!!

Kalau kes ini berlaku di sekolah kerajaan pasti para penceramah Pas duk jaja cerita ini keliling negara dan macam-macam tuduhan akan dilemparkan. Silap-silap suruh tubuh suruhanjaya diraja!

Share this

11 Responses to "Ustaz Pas kaki pukul.... belasah pelajar sampai mati"

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aku benci puak-puak yang mengaku lebih Islam dari orang Islam lain, lebih alim dari orang alim lain, lebih suci, lebih tawadaq tapi haraammmm... macam puak2 diorang tak ada buat dosa!
    Selama ini semua dosa, kesalahan, jenayah dan segala mak nenek kejahatan kat bumi Malaysia ni dikaitkan dengan kerajaan BN dan UMNO.
    Sekarang dah terbukti, ustaz Pas pun tak boleh pakai!

    ReplyDelete
  3. patutnya anak2 darjah satu tak patut masuk asrama lagi... ni ibu bapa penjaga terlebih semangat Islam... orang kita lupa tentang konsep Islam dalam pendidikan- kasih sayang dan rasional...

    ReplyDelete
  4. ustaz ni org umno.

    ReplyDelete
  5. Salam xcakap macam tu kawan. kalau xda ustaz sapa nak ajar anak2 baca quran xkata anggap dia ustaz semua ustaz salah...anggap saja dia manusia biasa. Jangan jadi hakim kepada sesuatu pekara xkira lah apa sahaja..baik orng pas mahupun BN anggap ini semua ujian Allah nak tengok kita masih pegang kepada ajaran DIA...shihhhh xcakap banyak berdosa..baik cerminkan diri kita jika kita berada tempat Ustaz itu.K

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas pandangan kalian..!

    ReplyDelete
  7. http://abuhanif186.blogspot.com/2011/04/ustaz-syaitan-itu-sahabatku.html

    ReplyDelete
  8. duk di asrama ni bkn saje stakat tension ngan ragam2 senior mmbuli, tp warden/guru juga kadang2 wt perangai juga kerna warden/guru smase sy duk d asrama dlu juga sbegitu..dok lepas tension kt student..

    Al-Fatihah bt Arwah...

    mntak2 hukuman berat diberi kpd guru yg berperangai sprti binatang tu..

    ReplyDelete
  9. Bayangkan kalau kes ini berlaku di sekolah kebangsaan (sekolah kerajaan)... Aku ingat tak cukup tanah puak2 Pas ceramah maki hamun kerajaan dan puak2 DAP pulak siap desak tubuh suruhanjaya siasatan diraja.

    Tapi sebab yang tukang pukul ustaz Pas di sekolah biayaan Pas maka masing2 duk diam2... tak berani nak cakap.

    ReplyDelete
  10. nmpaknye mesintaip bruk nie org UMNO la ye...manusia, nmpk aje slh n clap lwnnye...mesinteipburuk nie cube brade di tempat ustaz ini, ape prasaan bila org mengulas tntg mesintaipburuk???sedehkan??sy pasti ujian yg Allah trunkn pada seseorg bergantung pada kemampuan org itu utk hadapi, jd sy yakin mesintaiburuk blum ckup kuat sperti ustaz ini untuk hadapi ujian yg berat ini..wallahu'alam

    ReplyDelete
  11. Pusat Operasi Zon Tengah, aku nak tanya apa puak2 Pas akan kata kalau peristiwa itu berlaku di sekolah kebangsaan? Apa puak2 pembangkang akan duk ceramah sana sini bila ada cikgu/guru besar sebut sikit pasal hal2 yang berbau pro-kerajaan?
    Ini masalah orang Pas, bila kena batang hidung mereka ohhh... itu semua dugaan Allah dan tak boleh cakap itu ini. Tapi bila kena batang hidung kerajaan, yang tak betul jadi betul.
    Aku nak tanya Pusat Operasi Zon Tengah ni, mana kau percaya... Najib/Rosmah terlibat bunuh Altantunya atau Anwar Ibrahim liwat Saiful? Jawabbb....??

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.