03 May 2011

Apa kata wujudkan anugerah untuk blogger!

Anugerah Kajai tahun ini digondol wartawan Berita Harian.
Setiap tahun wartawan media massa baik media cetak mahupun elektronik akan dipilih untuk menerima Anugerah Kajai, iaitu anugerah kewartawan terbaik di negara ini. Hadiahnya sangat lumayan iaitu wang tunai RM30,000. Wow!

Aku membayangkan andai para bloggers yang tidak kurang sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara diberikan anugerah sama - Anugerah Blogger Terbaik! Sebabnya peranan blogger pun hampir sama dengan kalangan wartawan, iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat, yang kadang kala maklumat oleh bloggers mengatasi apa yang dipaparkan oleh wartawan media massa.

Aku cadangkan pemberian anugerah ini bukan berdasarkan populariti blog tetapi dilihat dari sudut isi kandungan artikelnya. Aku tahu banyak blog yang telah menerbitkan artikel-artikel yang "meletup" yang boleh memberikan sumbangan positif kepada negara.

Untuk lebih adil, mungkin anugerah ini boleh dipecahkan kepada blogger politik, blogger hiburan, blogger sukan dan lain-lain (boleh difikirkan oleh penganjur) manakala ahli panel penilai pula terdiri kalangan profesional dan berkredibilit tinggi, dan bukannya ala Akademi Fantasia yang berlandaskan SMS orang ramai atau juri separuh masak.

Macam mana?

Psssttt... Sekadar melontarkan idea!

Share this

0 Comment to "Apa kata wujudkan anugerah untuk blogger!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.