10 May 2011

Ciss... Gula naik! (Updated!)

TERKINI:

Dah naikkan harga gula lepas tu beri amaran orang lain jangan naikkan harga makanan... Lawak ke apa ni? Kalau peniaga naikkan harga makanan, apa Ismail Sabri boleh buat? Seret peniaga masuk penjara atau ISA?

Jangan buat lawaklah! Kalau tak mahu peniaga naikkan harga makanan, janganlah naikkan harga-harga barang keperluan untuk membuat makanan seperti gula, minyak masak, gas memasak.... Sebab akhirnya nanti yang menerima beban ialah pengguna.

Kerajaan tak nak tanggung beban subsidi akhirnya dibebankan kepada pengguna... Apa hal?

POS ASAL:
Petang semalam baru aku beli gula 2 kg dari sebuah pasar raya. Biasanya aku stand-by kira-kira 5kg di rumah setiap bulan. Tapi kerana stok bulan lepas masih ada, maka aku hanya beli 2 kg. Kalau aku tahu gula nak naik esok, mahu aku angkat 10kg semalam.... Cisss!!

Dalam bab kenaikan harga gula ni, aku memang tak berapa berkenan alasan yang diberikan konon kenaikan disebabkan nak kurangkan orang ramai ambil gula dan nak kurangkan jumlah pesakit kencing manis sebab setahu aku kalau memang dah kaki makan gula, naiklah berapa tinggi pun mereka tetapi belasah juga.

Sama juga dengan rokok. Nak kurangkan orang hisap rokok, maka harga rokok sekarang dan lebih RM10 sekotak (masa zaman aku hisap rokok dulu baru RM4.70). Tapi naiklah sampai RM50 sekotak pun, orang akan tetap beli dan hisap jugak. Apa masalah...

Betul kata rakan-rakan sebelah sana... Lepas ni kerajaan patut naikkan harga beras sebab makan nasi lemak menyebabkan ramai yang obesiti. Jadi nak kurangkan jumlah obesiti di kalangan rakyat, jual beras mahal-mahal... Orang pun tak buat nasi lemak, habis cerita!!

Bagi aku, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih baik bagi mengatasi masalah TERPAKSA menaikkan harga barang semata-mata nak kurangkan jumlah subsidi kerajaan. Bukan kerana nak kurangkan beban subsidi kerajaan, naikkan harga barang. Ini kaedah zaman Pak Lah Badawi... tak boleh pakai dah!

Ismail Sabri kena lebih kreatif untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Lagipun, apa masalah kalau kerajaan bagi subsidi lebih kepada rakyat. Bukankah duit subsidi itu pun duit rakyat? Jadi pulangkanlah kepada rakyat semula. Bukannya dengan menaikkan harga barang.... Ini cari pasal namanya!

Share this

0 Comment to "Ciss... Gula naik! (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.