21 May 2011

Cisss... Babi punya pasal rakyat tanggung beban!

Ciss.... babi punya pasal sekarang ini semua rakyat termasuk orang Melayu terpaksa tanggung bebanan kenaikan harga ayam yang mendadak. Ini sebab pengeluar ayam memberi alasan ada jangkitan penyakit pada babi menyebabkan ramai orang Cina tak mahu makan babi. Mereka memilih untuk makan ayam. Akibatnya harga ayam melambung gila babi sekarang ini.

Harga ayam sejak tidak diletakkan sebagai barangan di bawah kawalan kementerian bapak Dafi, berada pada harga antara RM7 hingga RM7.80 sekilo (harga di sekitar Lembah Klang) dan semalam aku terperanjat beruk apabila harga ayam tiba-tiba naik sehingga RM8.80 sekilogram.

Aku tanya penjual kenapa harga ayam naik dia kata tak boleh apa-apa. Sekarang ini apabila kerajaan dah tak kawal harga, mereka (pembekal) menaikkan harga ikut suka hati mak bapak dia. Sebarang penjual dia terpaksalah jual pada harga sedemikian. Habis nak buat macam mana lagi? Itu kata penjual di sebuah pasar semalam.

Hari ini aku terperanjat beruk apabila Persatuan Peniaga Ayam dan Itik memberi alasan ramai orang Cina nak makan ayam selepas ada jangkitan penyakit babi menyebabkan mereka "terpaksa" menaikkan harga ayam... Tiao ma hai..!! Senang-senang diorang nak naikkan harga ayam. Beri je alasan babi banyak mati, babi kena penyakit, babi kena berak cair, maka harga ayam pun dinaikkan.

Jangan tanya aku apa hubungan babi dengan ayam. Elok tanya Anwar Ibrahim atau Mahfuz Omar macam mana nak selesaikan masalah ini. Bukankah mereka lebih pandai dari kerajaan? Kalau mereka dapat beri penyelesaian masalah ini secara konkrit, esok juga aku ikut reformasi!

Share this

2 Responses to "Cisss... Babi punya pasal rakyat tanggung beban!"

  1. HE HE HE... pandikutty yang sedap2 konkek cina doll, UMNO yang disalahkan... samalah...he he

    ReplyDelete
  2. Di dalam blog saya, seorang rakan memperingatkan bahawa kenaikan harga barang sekarang adalah disengajakan oleh pedagang cina untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada UMNO.

    Ada logiknya.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.