17 May 2011

Dah habis modal... Sam Ketot nak serang Utusan pulak? (Updated!)

TERKINI (20.5.2011: 11.30am)
"Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh" - SMS dari AMK.

Hahaha... Tau takut!

POS ASAL:
Risalah yang diedarkan di Kompleks Mahkamah ketika pendakwaan Anwar Ibrahim semalam.

Dah habis modal nak pertahankan bosnya, Sam Ketot dan puak-puak tiga suku dalam AMK nak serang Utusan pulak? Khabarnya mereka akan berdemonstrasi depan ibu pejabat Utusan lepas Jumaat ini. Risalah diatas khabarnya diedarkan di kompleks mahkamah KL semalam.

Seorang sahabat di Utusan memberitahu kalau orang Utusan kini menanti kehadiran puak-puak tiga suku AMK ini dengan tangan terbuka. Mereka akan diberikan layanan istimewa termasuk menyediakan air mineral percuma. Maklum katanya, dah kering tekak kerana menjerit-melolong di tengah panas dan laluan berdebu di Jalan Lima, tentu mereka semua haus dan dahaga.

"Tak apa... tak apa... Datanglah! Kita akan edarkan air mineral percuma kepada mereka. Maklum dah penat-penat menjerit-melolong tu tentu mereka dahaga...," kata seorang sahabat.

Khabarnya kalangan petugas Utusan sedia "berdepan" dengan para pendemo ini untuk mempertahankan syarikat dan akhbar mereka. Macam mana mereka nak berdepan aku taklah diberitahu. Tak tahulah pulak kalau puak-puak AMK ini akan disambut dengan balingan telur, tidaklah aku pastikan.

Bila aku tanya sahabat aku itu, dia cuma tergelak dan suruh aku tunggu dan lihat keadaannya Jumaat ini. Tapi apa yang pasti katanya, kehadiran mereka nanti bakal membuatkan Jalan Lima tersumbat habis kerana sekarang ini pun di hadapan pejabat mereka sudah penuh sesak akibat kereta-kereta petugas yang diletakkan secara berlapis-lapis di bahu jalan.

Maklum sedang kerja-kerja pembinaan bangunan baru Utusan berjalan, mereka tidak ada tempat untuk meletakkan kereta dan terpaksa meletakkannya di sepanjang Jalan Lima.

Share this

0 Comment to "Dah habis modal... Sam Ketot nak serang Utusan pulak? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.