07 May 2011

Jaga emosi masing-masing...

Aku tahu emosi rakyat memuncak dengan laporan muka depan Utusan hari ini yang mendedahkan adanya agenda oleh paderi yang mahu jadikan Kristian sebagai agama rasmi dengan memetik laporan dua blog mapan Big Dog dan Marahku. (Baca entri aku sebelum ini).

Pihak pembangkang terutama DAP dan penganut Kristian sudah pasti emosi dengan laporan ini. Benar atau tidak apa yang dilaporkan oleh kedua-dua blog  itu yang kemudiannya dimukadepankan laporan tersebut, mereka sudah pasti akan menafikan sekeras-kerasnya.

Bagi umat Islam pula, emosi sudah pasti lebih memuncak apabila Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara sebagai agama rasmi negara kini cuba digugatkan oleh segelintir pihak-pihak tertentu atas alasan yang kita semua tahu.

Perghh... memang panas dan berbahaya!

Aku harapkan semua pihak menjaga emosi masing-masing dan tidak melakukan perkara bodoh yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini sepertimana yang berlaku di negara jiran kita. Jangan... jangan... Biar apapun kita semua patut menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sudah pasti tidak akan duduk diam dan membiarkan perkara ini membesar yang akhirnya menjadi busung yang pecah dan bernanah kelak buruk padahnya kepada agama, bangsa dan negara kita. Tidak... tidak bukan itu yang kita mahukan. Jangan sampai peristiwa berdarah 1969 berulang.

Hal-hal sensitif seperti ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung - rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Di sini memerlukan kebijaksanaan menteri yang jaga keselamatan dalam negeri. Bijak tangani, maka tiada apa yang buruk berlaku tapi kalau salah tangani, pergh... aku sendiri tak boleh bayangkan.

Aku tak boleh sampaikan nasihat aku kepada penganut di sebelah sana, tapi bagi kita orang umat Islam, berfikirlah dengan waras. Benar kita semua marah dan emosi jika benar hal ini berlaku tapi menanganinya dengan hati yang marah dan penuh emosi tidak akan menyelesaikan masalah.

Sebab itulah aku katakan... tolong jaga emosi masing-masing!

Share this

2 Responses to "Jaga emosi masing-masing..."

  1. Baru2 ni aku ada tengok satu sesi perbincangan antara Najib ngan Tok Guru. Tentang projek kat pantai timur. Aku tengok Tok Guru dah pakai lencana 1Malaysia kat baju dia sambil bergurau senda nagn Najib. Pastu Hadi Awang berpelukan dgn Najib dalm tarikh berasingan. Ni la yang signal bhwa PAS dah hlg kepercayaan pd DAP dn PKR. Tiba masenya utk kita bersatu.

    ReplyDelete
  2. Jangan percaya sangat Nik Aziz ngan Hadi Awang ni... Mereka semua lidah bercabang... HIPOKRIP besar

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.