22 May 2011

Kisah sejenak di masjid Pekan Batu 14...

Dengan sekeping kertas sebesar buku 555 Hassan Ali mengambil keterangan waris mangsa... Alhamdulillah!
Terharu melihat tujuh daripada 16 jenazah mangsa tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Taqwa terkujur di Masjid Pekan Batu 14 menanti saat untuk disembahyangkan dan disemadikan.

Di satu sudut Hassan Ali menanti waris si mati untuk bertemu dengannya. Setiap waris si mati bertemunya dihulurkan sehelai kertas kecil sebesar buku 555. Dicatatkan nama-nama mereka. Tujuan untuk menerima bantuan daripada baginda Sultan Selangor. Itulah yang diumumkan oleh pengacara di masjid itu ketika ketujuh-tujuh jenazah menanti untuk disembahyangkan.

Ketika saat menantikan solat Zuhur dan solat jenazah, seseorang menghulurkan aku laporan dari pihak bomba berhubung kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilakukan sejak mereka tiba di lokasi kejadian sehingga operasi ditamatkan.

Antara dicatatkan disitu ialah ketibaan Muhyiddin Yassin, Shaziman Abu Mansor, Leo Tiong Lai, Shahrizat Jalil serta exco kerajaan negeri iaitu Hassan Ali dan Dr. Halimah lengkap dengan waktu ketibaan mereka. Lain-lain para pegawai tinggi bomba. Juga kronologi seorang demi seorang mangsa yang dibawa keluar sama ada yang selamat mahupun meninggal dunia.

Mangsa terakhir dikeluarkan ialah pukul 5.04 minit pagi. Usaha mencari dan menyelamat diteruskan sehingga 10 pagi bagi memastikan tiada mangsa yang tertinggal. Akhir laporan disahkan hanya 25 orang mangsa terlibat dengan 16 orang disahkan meninggal dunia.

Semua jenazah 16 mangsa tragedi itu selamat dikebumikan termasuk lapan mangsa lain yang telah diambil oleh waris mereka untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Esok, kira-kira 10 pagi, baginda Sultan Selangor akan mencemar duli untuk melawat lokasi kejadian manakala PM dan isteri yang kini berada di Washington DC untuk menghadiri konvokesyen anak perempuannya, akan terbang pulang segera dan dijangka akan tiba Selasa serta terus ke lokasi kejadian, sebelum kembali terbang ke Jepun untuk lawatan rasmi.

Jangan tanya aku tentang MB Selangor, Khalid Ibrahim kerana sehingga kini aku tidak pasti sama ada beliau akan bergegas pulang atau meneruskan lawatannya. Mungkin Faekah boleh jawab soalan ini.

(TERKINI: Khalid Ibrahim dilaporkan membatalkan program ikuti kursus di Aspen, Colorado walaupun dah sampai sana dan akan kembali ke tanah air... baca laporan The Unspinners di sini!)

Di masjid Pekan Batu 14 tadi aku melihat ke sekeliling kalau-kalau ada kelibat VIP lain tetapi tidak kelihatan. Aku dimaklumkan Wan Azizah dan Nurul Izzah hadir tetapi tidak dapat dipastikan sehinggalah jenazah dikebumikan.

Apa pun aku ingin sampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi Al-Taqwa. Semoga semua roh mangsa dicucuri rahmat. Amin.

Kedudukan mangsa-mangsa ketika kejadian. Pelan dari fail laporan bomba.
Status bangunan rumah anak yatim At-Taqwa
Pssttt... Pesan aku kepada Hassan Ali, lain kali kalau program bertemu rakyat atau majlis seperti ini, bawalah buku nota untuk catatkan semua aduan rakyat atau butiran pengadu ataupun bawalah seorang pembantu untuk lakukan tugas ini. Bukan bila nak buat catatan, meraba-raba cari kertas. Nasib baik tak tulis atas kertas tisu. Ini ke cara YB mereka?

Share this

2 Responses to "Kisah sejenak di masjid Pekan Batu 14..."

  1. Khalid gagap failled lagi....

    ReplyDelete
  2. itupun nasib baik ada tragedi, nampak juga le buat kerja...

    kalau tak ada tragedi????

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.