10 May 2011

Lagi cubaan bunuh Anwar? Ish... ish... ish....

Lagi cubaan nak bunuh Anwar sekeluarga...?

Selepas sebelum ini (Jun 2008) Anwar dakwa ada orang cuba membunuhnya lalu terpaksa menyembunyikan diri di kedutaan Turki tetapi akhirnya kantoi rupa-rupanya coffeeboy-nya sendiri yang lapor polis dia diliwat oleh Anwar, hari ini satu lagi cubaan bunuh dilaporkan oleh Anwar.

Kali ini Anwar menggunakan pemandunya untuk membuat laporan polis bahawa ada orang sudah sabotaj brek kereta mewah Anwar yang kemungkinan bertujuan untuk membunuh beliau sekeluarga. Peliknya, dakwaan cubaan bunuh kali ini muncul selepas itu pendedahan video seks dengan pelacur China oleh rakan baiknya Eskay.

Apakah kedua-dua cubaan bunuh Anwar ini kebetulan atau sekadar satu lagi skrip drama?

Hehe... Aku sedikit pun tak hairan kalau selepas ini Anwar juga akan dakwa dan buat laporan polis bahawa rumah mewahnya sudah ditanam dengan bertan-tan granit yang menunggu masa untuk diletupkan. Atau ada sharp shooter yang duk perhati beliau di mana sahaja dan menunggu masa untuk petik picu.

Dakwaan-dakwaan ini akan dimunculkan apabila beliau dilihat sedang terdesak dan tidak mampu lagi untuk pusing 7 keliling. Apakah pada 16 Mei ini?

Haha... Gitulah Anwar Ibrahim.

Aku ingat elok Anwar mintak bantuan CIA untuk jaga keselamatannya sebab maklum sebagai bakal calon PM Malaysia yang bakal "menyelamatkan negara dari kemusnahan", sudah pasti nyawanya sentiasa diancam terutama oleh Najib/Rosmah atau UMNO/BN yang memang tak senang dengannya (atau dia yang iri dengan Najib/Rosmah?... Entah!)

Sebetulnya nak buat dakwaan cubaan bunuh ke atas dirinya tidak susah memandangkan banyak skrip drama atau filem Hollywood yang boleh Anwar pinjam sebagai "senjata" penyelamat dan raih simpati rakyat.  Tapi silaplah kalau Anwar nak copy skrip drama macam Gerak Khas ke... Hehe... sebab kalau macam tu mudah benar rakyat tahu.

Apa-apa pun, nikmati Raja Drama Meet Uncle Hussein ini....(Kang ada pulak yang tuduh Meet Uncle Hussein ini grup artis ciptaan UMNO atau ada kaitan dengan Hishamudin Tun Hussein... hehe.!!)

Share this

1 Response to "Lagi cubaan bunuh Anwar? Ish... ish... ish...."

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.