15 May 2011

Mail Sabri beri amaran... Harga minyak nak naik lagi?

Aku baru terima SMS Alert Utusan yang aku langgan sebentar tadi. Bunyinya macam ni...
RM0.UM.15/5: Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat - Ismail Sabri
Dush....!! Ni lawak apa yang Mail Sabri nak mainkan ni? Bukankah dua hari lepas baru dia cakap bahawa minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat? Alih-alih malam ini keluar amaran sedemikian. Apa makna ini semua?

Dah acap kali Mail Sabri berlakon sedemikian. Hari ini kata tak ada kenaikan alih-alih esok umum harga minyak baru. Konon penyelarasan subsidi. Apa ni? Apakah Mail Sabri masih terikut-ikut dengan perangai Pak Lah Badawi ke? Hari ini kata lain, esok kata lain? Maklum PM tulah yang naikkan dia sebagai menteri.

Sikap menteri macam inilah yang buat rakyat menyampah. Dah penat-penat Najib membangkitkan semula mood rakyat terhadap UMNO/BN, alih-alih ada menteri yang merosakkannya.

Kalaulah kerajaan nak naikkan harga minyak lagi, maknanya PRU-13 masih lambat lagi la tuuuu....

1 comment:

shahila said...

hidup rakyat umpama kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg....tu pun kalau ada yg boleh dikais. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...