01 May 2011

Pas bakal bersujud di kaki UMNO...!!

Baca tajuk entri aku kali ini mesti orang Pas bengang dan tak kurang jugak yang maki hamun. Peduli apa aku!

Sebabnya aku percaya seruan Najib kepada Pas agar meninggalkan pakatan haram zadah itu tentu disambut dengan sinis, cercaan, hinaan dan segala macam sumpah seranah. Siapa Najib nak nasihatkan Pas agar tinggalkan pakaran haram zadah itu? Setinggi mana darjat keislaman Najib nak nasihatkan puak-puak Pas?

Itulah sambutan yang diberikan kepada seruan Najib yang bertujuan baik bagi menyatu-padukan umat Islam dan orang Melayu. Tapi orang Pas tidak mungkin terima pandangan Najib. Cakaplah apa sahaja. Ceramahlah apa sahaja. Berikan fakta dan fatwa apa sahaja, Pas tetap angkuh, sombong, bongkak dan tidak akan menerima pakai nasihat orang.

Begitu sombong dan angkuhnya Pas sehinggakan mereka menolak kerjasama sesama Islam sebaliknya berpakat dengan kafir harbi. Bila dinasihatkan langsung tidak endah. Konon merekalah yang berbaik. Konon merekalah ahli syurga dan konon merekalah umat paling mulia.

Tapi aku percaya suatu hari Pas akan bersujud di kaki UMNO... Percayalah!

Bila? Apabila mereka dibuang seperti sampah oleh DAP yang pada masa itu sudah menjadi pemerintah negara Tanah Melayu ini. Pada masa itulah Pas akan sedar bahawa mereka selama ini dipergunakan oleh parti tersebut dan selepas memperoleh negeri, mereka dibuang seperti barang yang tidak berharga waima 1 sen pun. Tak percaya? Lihatlah kat Pulau Pinang dan Selangor. Di mana suara Pas? Pas hanya menjadi pembela DAP dan Anwar tetapi selepas mereka peroleh apa yang diinginkan, suara Pas dihumban dalam perigi buta.

Siapa Hassan Ali nak arah penjualan arak ditarik balik? Itu baru di Selangor. Bayangkan apabila mereka sudah menguasai Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan sebahagian Johor? Pada masa itu Melayu dan umat Islam dalam Pas sedar (itupun kalau mereka sedar) dan pada masa itu tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana semuanya sudah tergadai dik kerana kesombongan, keangkuhan dan riak serta takaburnya Pas.

Dan apabila ia berlaku, menangis air mata darah sekalipun tidak akan berguna. Ingatlah bagaimana Tanah Melayu jatuh ke tangan penjajah dan selepas itu selama 300 tahun kita berada di bawah kuasa asing dan orang Melayu menjadi pencacai di bumi sendiri. Sejarah jangan sampai berulang...!

Sedarlah weih!

Share this

0 Comment to "Pas bakal bersujud di kaki UMNO...!!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.