06 May 2011

Pas bukan sesiapa pun di mata DAP... Kesian!

Orang Pas sanggup mati demi DAP tetapi bagi DAP, Pas hanya kuda tunggangan untuk memerintah negara!
Sedih ada nak ketawa pun ada dengan nasib yang menimpa Pas dalam pakatan haram zadah ni. Yelah, selama ini puak-puak Pas sanggup berbaring di tengah jalan, bergadai nyawa pertahankan DAP, rupa-rupanya Pas bukan sesiapa pun di mata DAP.

Siapa yang tidak terasa apabila selama ini pengikut setia Pas sanggup melakukan apa sahaja, termasuk berbaring di tengah jalan di Perak semata-mata nak pertahankan kerajaan DAP bermenteri besar Pas, tetapi apabila nak tubuh Kabinet bayangan di Sarawak, Pas tidak diberikan sebarang posisi pun. Yang ada hanya berkongsi dengan PKR. Kesian....

Ramai dah lama nampak benda ni tapi Pas biasalah dengan rasa bongkak, sombong, angkuh, riak dan takaburnya mana nak nampak ini semua. Mana tidaknnya. Aku nak tanya puak-puak Pas ni, di mana kedudukan wakil Pas dalam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang? Nama saja Exco tapi tidak ada peranan pun dalam membuat keputusan berkaitan kebajikan rakyat khususnya yang beragama Islam.

Di Selangor, nama Hassan Ali dah lama tenggelam atau lebih tepatnya ditenggelamkan sejak  krisis penjualan arak di kawasan perumahan Melayu dahulu. Hassan yang sebelumnya begitu lantang menghalang usaha kedai 24 jam itu jual arak, akhirnya tunduk dan akur dengan pengaruh dan kuasa DAP.

Begitu juga di Pulau Pinang. Langsung tiada perkhabaran tentang Exco yang mewakili Pas melainkan pernah sekali muncul ketika kecoh seorang imam jemputan membaca doa kesejahteraan kepada Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dulu. Itu pun dipaksa untuk memberi kenyataan bagi mempertahankan Ketua Menterinya.

Itulah sebenarnya senario yang akan berlaku andai pakatan haram zadah ini memerintah negara. Dengan DAP yang mensasarkan menguasai enam negeri di Semenanjung di samping Sarawak dan Sabah  pada PRU-13 ini, parti rasis Cina ini mahu menjadi parti dominan dalam pakatan haram zadah tersebut dengan menjadikan Pas dan PKR sebagai kuda tunggangan.

Dan jika hasrat DAP itu berjaya, hasil kerja kuat Pas yang duk berkempen setiap masa sepanjang tahun di masjid surau dan ceramah-ceramah umum serta hasil kerja kuat Anwar Ibrahim yang duk menghasut dan memecah-belahkan rakyat, aku yakin Pas dan PKR akan ditinggalkan oleh DAP.

Jangan fikir DAP tidak boleh berbuat apa-apa terhadap bakal PM, Anwar Ibrahim kerana (harus diingat) Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP adalah peguam Anwar dalam kes liwatnya dan semua rahsia Anwar berada dalam tangannya. Kalau nak jatuhkan Anwar, Karpal hanya perlu sekali petik jari sahaja. Tapi bukan sekarang...

Sekarang ini DAP akan pertahankan Anwar habis-habisan dan apabila tiba masanya, Anwar akan disingkir dengan cara amat tidak terhormat dan pada masa itu DAP yang sudah menguasai Kabinet, akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pas? Hehe... pergi jahanamlah!

Pas nak ganti UMNO? Kirim salamlah...!

Share this

0 Comment to "Pas bukan sesiapa pun di mata DAP... Kesian!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.