16 May 2011

Penyumbang dana untuk Anwar tarik diri....?

Wayne Rooney kehilangan penajanya apabila skandal beliau dengan perempuan lain terbongkar. Begitu juga nasib pemain golf utama dunia, Tiger Wood yang juga mengalami nasib serupa apabila penajanya tarik diri daripada menaja pemain itu. Sebabnya skandal seks.

Khabarnya Anwar juga bakal mengalami nasib serupa. Para penajanya atau kata lain penyumbang dana untuk beliau dan PKR telah mula meninggalkan Anwar selepas pendakwaan kes liwat beliau memasuki fasal akhir apabila beliaui diarah membela diri. Maksudnya, sebelah kakinya sudah masuk dalam mahligai Sungai Buloh.

Sejak perbicaraan kes Anwar memasuki babak-babak akhir, tiada lagi kedengaran suara-suara lantang dari luar negara baik dari AS, Eropah atau Australia yang mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar. Ke mana hilangnya rakan-rakan Barat Anwar ketika beliau kini bakal berdepan dengan perbicaraan kes liwat dan skandal seks dengan pelacur China.

Aku yakin selama ini Anwar sudah menjanjikan bulan dan bintang kepada para penyumbang dana dan rakan Baratnya andai beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kini para penyumbang dana terbabit mula sedar bahawa laluan Anwar ke Putrajaya semakin jauh sebaliknya laluan ke Sungai Buluh pula semakin jelas.

Andai para penyumbang dana ini meninggalkan Anwar dan PKR bagaimana agaknya mereka dapat meneruskan perjuangan mereka untuk merebut Putrajaya selepas ini? Tiada lagi! Apabila Anwar sudah menjadi penghuni Sungai Buluh dan para penyumbang dana mula menghilang, aku yakin PKR juga akan berkubur bersama.

Selamat jalan Anwar... RIP Pandi Kutti Rakyat!

Share this

2 Responses to "Penyumbang dana untuk Anwar tarik diri....?"

  1. Jangan leka..Anwar sudah hilang segala galanya...dan untuk itu dia tidak akan rugi apa apa lagi untuk melakukan segala galanya termasuk tindakan kamikaze kepada negara...baginya biar putihmata, jangan putih tulang

    ReplyDelete
  2. yup... setuju! Menteri Dalam Negeri kena lebih tegas hadapi puak2 tiga suku ini...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.