26 May 2011

PRU-13: Antara keterujaan dan ketakutan pembangkang

Aku memang tak faham dan tak pernah faham dengan otak pemikiran pemimpin puak-puak pembangkang ini. Sebabnya mereka tak pernah konsisten dalam banyak hal dan isu. Antaranya ialah perihal tarikh pilihan raya umum ke-13.

Di satu sisi mereka begitu "teruja" untuk berpilihan raya sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan Pusat dikaitkan dengan pilihan raya. Apabila kerajaan tidak naikkan harga minyak RON95, mereka kata PRU-13 dah sangat dekat. Sebab itu kerajaan tak jadi naikkan harga minyak. Bila kerajan hulur bantuan kepada mangsa tanah runtuh Hulu Langat pun ada suara-suara berkata... Ah... dah dekat pilihan rayalah tu. Begitu juga bila kerajaan buat itu dan ini semuanya nak dikaitkan dengan dekatnya tarikh pilihan raya umum.

Namun di sisi lain mereka enggan pula membubarkan DUN negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka, jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat! Memang kaki putar alam! Satu sisi mereka teruja nak berpilihan raya, tetapi bila libatkan DUN negeri mereka, mereka enggan membubarnya.

Apakah bermakna bagi mereka pilihan raya umum adalah pembubaran kerajaan Pusat dan DUN negeri di bawah pemerintahan BN semata-mata? Maknanya mereka di keempat-empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - mahu mengadakan pilihan raya negeri sendiri seperti mana dilakukan di Sarawak?

Yup... Benar! Mereka mahu memerintah negeri-negeri di bawah mereka sehingga genap satu penggal (lima tahun) sebelum membubarkan DUN mereka tetapi pada masa yang sama mereka mahu pembubaran Parlimen dilakukan segera. Sebab mereka begitu teruja untuk mengambil alih Putrajaya! Cukup yakin...! Tetapi pada masa yang sama, mereka takut kehilangan empat negeri yang kini sudah dikuasai.

Malangnya, mereka semua sebenarnya belum khatan tentang politik negara apatah lagi soal pilihan raya. Sudah cukup yakinkah bahawa rakyat kini menyokong parti mereka selepas melihat "kejayaan" pada PRU-12 lalu? Sudah yakinkah mereka bahawa rakyat sekarang menolak BN semata-mata kerana video seks dan kes liwat Anwar? Sudah yakinkah mereka apabila melihat ribuan rakyat membanjiri setiap ceramah politik yang diadakan?

Inilah masalah dengan pihak pembangkang yang menjadi punca mereka tak pernah mencapai kemenangan dalam meraih sokongan rakyat pada setiap kali pilihan raya selama ini termasuk pada 1999 dan 2008. Pada 1999 ketika reformasi sedang hebat, BN/UMNO masih menang dengan majoriti dua pertiga dan ketika tsunami politik yang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah Badawi, BN/UMNO masih menang walaupun tidak mencapai majoriti dua pertiga.

Dan kini ketika Najib semakin berjaya mengambil hati rakyat dan ketika UMNO dilihat sudah kembali membawa semula sokongan mereka yang berpaling tadah ketika 2008 lalu dan ketika begitu ramai para pemimpin PKR keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim, dan ketika ramai orang Melayu marahkan DAP dan ketika rakyat Selangor dan Pulau Pinang terus merasai ditindas kerajaan negeri, apakah pembangkang masih yakin mencipta kemenangan sehingga ke Putrajaya?

Kesihan... sungguh kesihan sebenarnya. Nyata analisis politik pembangkang masih lemah dan lebih banyak bergantung kepada pandangan profesor separuh masak, Aziz Bari atau polis pencen Mohd Zain serta ucapan-ucapan kosong dan penuh dengan pembohongan Anwar. Mereka juga lebih yakin kepada media-media sampah seperti Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang para wartawannya dan editornya baru mengenal ABC...

Sebaliknya mereka menafikan segala maklumat tentang "kekuatan" kerajaan  yang disebar melalui media arus perdana seperti Utusan, Berita Harian, The Star, NST, RTM, TV3, Astro Awani. Semua kelemahan mereka yang didedahkan media terbabit dinafikan dan dianggap sebagai fitnah semata-mata tanpa berusaha mahu bermuhasabah diri apatah lagi memperbaiki diri.

Inilah sebenarnya sikap pembangkang hari ini tak kira baik Pas, DAP apatah lagi parti yang nak rebah, PKR tetap sombong, bongkak, angkuh, riak, takabur, meninggi diri hanya semata-mata kerana mereka berjaya mempertahankan Kelantan dan menguasai Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Mereka menganggap kemenangan tersebut kerana sokongan rakyat kepadanya, walhal kita semua tahu punca sebenarnya ialah Pak Lah dan anak menantu.

Teruskanlah dengan kesombongan dan keangkuhan kalian sebab itu semua akan menjadi racun pemusnah parti yang menggelarkan dirinya "Pakatan Rakyat"...

Share this

2 Responses to "PRU-13: Antara keterujaan dan ketakutan pembangkang"

  1. Aku tengok blog mesintaipburuk ini makin lama makin baru. Tahniahlah.

    Mengambil kata-kata hang -

    "Aku memang tak faham dan tak pernah faham dengan otak pemikiran pemimpin puak-puak pembangkang ini. Sebabnya mereka tak pernah konsisten dalam banyak hal dan isu"

    Aku berpendapat inilah cara pemikiran semua ahli politik. Tak pernah "follow the norm" dan berdasarkan kenyataan fakta. Asalkan menguntungkan mereka, itulah pendirian dan keputusan yang dibuat. Aku yakin hang bukannya baru dalam politik. Takkanlan tak faham atau buat-buat tak faham kot.

    Banyak perkara yang manusia berkata-kata seolah-olah dia memahami segalanya bila dia mahu, dan pura-pura tidak faham juga bila dia suka.

    Inilah juga ragam samaada blogger pro UMNO ataupun pro PR. Sama sahaja. Mereka "bias" kerana pengalaman lalu atau kerana dibayar untuk melakukannya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan. Ada benarnya tentang fiil politikus yang tak follow the norm. Tapi aku percaya bukan semua politikus bersifat sedemikian. Tapi sebahagian besar politikus pembangkang.. ya! Aku tak bias mana-mana pihak. Aku tak terlibat dalam politik, tak jadi ahli mana2 parti politik dan tak dibayar oleh mana2 pihak. Kalau kau baca tulisan pertama aku kau tau kenapa aku menjadi bloggers!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.