26 May 2011

Panas berapi!! Rasuah bola sepak negara kembali menular??? (Updated!)

KEMAS KINI:
Oh... Rupanya pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan! MB Negeri Sembilan, Datuk Mat Hasan dah report polis dakwa ada pemain dan pengurus pasukan Piala Presidennya terlibat jual perlawanan! Aku dapat tahu Mat Hasan cukup marah dengan laporan yang dia terima.

Khabarnya ini bukan lagi khabar angin sebab ada saksi tengok! Dan khabarnya pasukan Liga Supernya juga diarah disiasat kut-kut apa yang dibuat "adik-adik" mereka di Piala Presiden pun berjangkit ke Liga Super. Tapi aku percaya para pemain Liga Super yang dibarisi bintang-bintang tak akan berbuat sedemikian. Mereka lebih profresional dan tidak mengejar kekayaan.

Apa pun tahniah Mat Hasan kerana cepat bertindak!

POS ASAL:
Gambar sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kes ini...!
 Biar bonar? Sudahlah baru-baru ini tiba-tiba datang pegawai penyiasat judi bola sepak FIFA ke Malaysia yang kemudian mengadakan pertemuan dengan polis Bukit Aman bahagian perjudian dah timbulkan tanda tanya, kini dikhabarkan sebuah pasukan Liga Super negara kini dilapor ke pihak berkuasa kerana ada pemainnya menjual perlawanan.

Mak aih...! Betul ke ni? Patutlah pasukan yang dibarisi bintang-bintang ini yang dua tahun lepas cukup cemerlang tiba-tiba merosot teruk. Apakah betul para pemain pasukan ini menjual perlawanan seperti didakwa sehingga memaksa pihak pengurusan membuat laporan polis?

Alahaaiii.... Bola sepak negara baru sahaja nak kembali bangkit selepas dimusnahkan oleh kegiatan rasuah oleh sebahagian besar pemain negara pada tahun 80-an dahulu takkan nak musnahkan lagi hanya kerana termakan umpan oleh para kaki judi semua? Dulu kerana rasuah ramai bintang-bintang bola sepak kita seperti Azizul Abu Hanifah atau Matlan Marjan hilang masa depan. Jangan sampai nasib serupa menimpa bintang-bintang ternama dalam skuad negeri ini.

Aku harap perkara ini tidak benar dan tidak betul. Ia hanya sekadar dakwaan...!

MTB: Tunggu perkembangan selanjutnya...!!

Share this

0 Comment to "Panas berapi!! Rasuah bola sepak negara kembali menular??? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.