21 May 2011

Rumah anak yatim tertimbus tanah runtuh... 13 terkorban (Updated!)

TERKINI:
2.30 AM: Sehingga pukul 1.30 pagi ini 13 orang disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi masih tertimbus. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Dua beradik iaitu anak warden asrama itu disahkan antara yang terkorban.

Mangsa-mangsa yang terkorban:
1. Azrel
2. Nael
3. Eqim
4. Zaim
5. Rahimi
6. Angah
7. Boboy
8. Zaid
9. Abang Farid
10. Shahrul
11. Lokman
12. Hasril
13. Belum dikenal pasti


11.30 PM: Seorang mangsa yang dirawat di Hospital Ampang meninggal dunia menjadikan jumlah yang meninggal dunia tujuh orang. Seorang mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan dengan selamat.

10.30 PM: Satu lagi mayat mangsa dikeluarkan menjadikan sehingga kini 6 orang disahkan maut. Semuanya kanak-kanak berusia 11 hingga 14 tahun. Seramai 9 lagi mangsa masih tertimbus.

9.00 PM: Polis sahkan 24 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ini. Mereka terdiri daripada penghuni asrama anak yatim, warden dan kakitangan. Mereka sedang berkumpul di dalam dewan bagi menantikan ketibaan rombongan dari Finas yang katanya ada majlis bersama anak yatim berkenaan. 5 mayat sudah dikeluarkan setakat ini.

POS ASAL:
Rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 2 petang tadi. Difahamkan seramai 30 penghuni berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian. 18 orang dilaporkan tertimbus manakala 12 berjaya diselamatkan. Setakat ini tiga mayat mangsa yang semuanya kanak-kanak sudah dikeluarkan.

Usaha gigih pasukan pencari dan penyelamat serta orang kampung sedang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak.

Ayuh... seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita doakan agar mangsa-mangsa lain berjaya diselamatkan. Daripada duk sembahyang hajat nak selamatkan Anwar Ibrahim, elok kita ramai-ramai sembahyang hajat dan doa mohon Allah selamatkan anak-anak yatim ini.

Al-Fatihah!

Share this

1 Response to "Rumah anak yatim tertimbus tanah runtuh... 13 terkorban (Updated!)"

  1. Alfatihah

    Ucapan Tahziah kepada semua termasuk kepada keluarga mangsa..

    Salam

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.